Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Khasiat Buah Delima Yang Mengejutkan!

khasiat buah delima

Keputusan Klinikal Yang Menakjubkan

Baru-baru ini khasiat buah delima telah mendapat perhatian para saintis dimana kajian klinikal telah menunjukan keputusan yang sangat menakjubkan, ini kerana di dalam buah delima terdapat satu unsur yang di kenali sebagai punicalagin yang sangat bermanfaat untuk jantung. Punicalagin adalah komponen utama yang bertanggungjawab terhadap penyingkiran toksin dalam badan.

Selain bagus untuk mengurangkan kadar kolestrol, buah delima juga dapat membantu merendahkan tekanan dan melancarkan peredaran darah. Hal ini sekaligus akan mengurangkan risiko jantung terseumbat (ateroslerosis).

Penyelidikan yang dijalankan terhadap pesakit jantung tersumbat (carotid artery) mendapati dengan memberikan cuma 1 auns jus delima setiap hari selama setahun mampu mengatasi masalah ini. Ini kerana hasil keputusan dari pemerhatian yang dijalankan mendapati tekanan darah pesakit menurun sebanyak 12%.

Dalam kajian lain, sebatian antioksida yang terkandung dalam buah delima telah membantu mengurangkan tekanan darah secara semulajadi dan secara tidak langsung membantu mengawal risiko serangan jantung dan strok.

Hasil kajian yang dijalankan terhadap haiwan makmal juga telah mendapati kandungan serta khasiat yang terdapat dalam buah delima dapat membantu  menghalang kanser payudara, kanser prostat, kanser kolon, leukemia dan menghalang perubahan vaskular yang menggalakkan pertumbuhan tumor.

Selain itu, kajian yang dilakukan oleh pasukan penyelidik dari University of Edinburgh mendapati bahawa buah delima mempunyai keupayaan untuk mengurangkan lemak yang disimpan di sekitar perut.

Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Mengandung

Di Malaysia, khasiat buah delima ni sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana buah delima sering digunakan sebagai sumber rawatan altenatif terutamanya untuk ibu mengandung. Amalkan makan buah delima ketika mengandung, kerana khasiatnya sangat bagus untuk ibu dan bayi seperti:

  • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
  • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
  • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
  • Mencegah rasa mual

 Nabi Muhammad SAW bersabda,

Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)

“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi).

Ibu-ibu mengandung juga disarankan mengamalkan pengambilan jus buah delima untuk mengelakan risiko kelahiran bayi pra matang serta mengurangkan risiko kecederaan otak bayi semasa dalam kandungan yang mungkin disebabkan oleh pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima merupakan sumber altenatif kerana mengandungi asid folik iaitu nutrien yang sangat diperlukan untuk tumbersaran bayi.

Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.

Khasiat buah delima

Nutrisi yang terkandung dalam 100g buah delima
Nutrient % Daily Value
Calories 83
Total Fat 1.2 g 1%
Saturated fat 0.1 g 0%
Polyunsaturated fat 0.1 g
Monounsaturated fat 0.1 g
Cholesterol 0 mg 0%
Sodium 3 mg 0%
Potassium 236 mg 6%
Total Carbohydrate 19 g 6%
Dietary fiber 4 g 16%
Sugar 14 g
Protein 1.7 g 3%
Vitamin A 0% Vitamin C 17%
Calcium 1% Iron 1%
Vitamin D 0% Vitamin B-6 5%
Vitamin B-12 0% Magnesium 3%

Rujukan : Dr. Fuhrman || WEBMD || Pa&Ma

Leave a Reply

error: Content is protected !!