Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Khasiat Manjakani Untuk Suami Isteri

Manjakani, seiring dengan nama yang diberi sudah cukup menyerlahkan betapa ia begitu mesra untuk tubuh badan manusia. Kehadirannya memang untuk menambahkan rasa manja khususnya dikalangan pasangan suami isteri. Nikmat manjakani menyelam hingga ke puncak yang sukar dihuraikan dengan kata-kata .

Manjakani atau turut dikenal sebagai pokok oak merupakan sejenis tumbuhan buah yang bermanfaat terutamanya untuk kesihatan intim wanita kerana ia mengandungi  antioksidan, vitamin A dan C, kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat.

Khasiat dan kebaikan Manjakani adalah seperti berikut :-

Ketatkan apa yang dah longgar

Eh, apa yang longgar ?  nut skru ke ? Sebenarnya otot-otot manusia pun pandai longgar juga terutamanya, bagi seorang wanita. Apatah lagi jika ia telah melahirkan anak dan otot dalam faraj akan mulai melonggar. Kalau dah longgar pasti proses perjalanan aktiviti bersama pasangan tidak sempurna dan kurang ‘umph’ ! walau bagaimanapun, dengan kehadiran manjakani semua masalah tersebut dapat diatasi. Manjakani mampu  menguatkan dan mengetatkan kembali otot-otot faraj tersebut. Bila dah ketat, projek malam hari pasti lebih meriah !

Tegangkan apa yang dah kendur

Manjakani tak hanya menegangkan bahagian bawah tetapi juga bahagian atas. Usia dah agak lanjut dan buah dada semakin kendur ? jangan risau, manjakani mampu mengembalikan zaman gemilang anda. Meski ia dah kendur, ia mampu ditegangkan kembali. Otot-otot yang dah semakin layu ditelan usia pasti akan bangun kembali ketika anda mengamalkan meminum manjakani. Si suami pasti tak jeling-jeling mata pada perempuan lain kerana anda pun punya asset yang mantap, anjal dan tegang .

Hapuskan Masalah Bau

Manjakani mampu membantu merawat  keputihan kerana kandungan estrigent dalam buah manjakani membantu menyingkirkan bakteria, ragi dan fungus yang boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Bayangkan pasangan anda sedang bersemangat tetapi, milik anda pula sedang tidak mesra kerana berbau. Keinginan pasangan untuk bermain pasti terganggu dengan hal tersebut.

Awet Muda

Usia semakin meningkat dan risau wajah berkedut-kedut ? releks lah..manjakani kan ada.  Manjakani bersifat melambatkan proses penuaan kerana ia mengandungi anti oksidan dan mengandungi vitamin A dan C. Tak perlu ubat beratus ringgit atau menjalani pembedahan plastik demi mengekal wajah sentiasa muda remaja. Hanya mengamalkan pengambilan minuman jus manjakani, umur anda akan beranjak tua tetapi , kulit akan kekal muda berseri.

Serbuk manjakani juga boleh dijadikan masker muka untuk merawat kulit berjerawat dan menegangkan wajah.  Hanya bancuh sedikit serbuk manjakani dengan sedikit air dan sapukan di wajah yang bermasalah.  Anda boleh mengamalkan seminggu sekali sebelum tidur dan cucilah wajah anda keesokan harinya. Hasilnya pasti ‘wow’ !

Bila berjalan-jalan dengan anak remaja, orang pasti akan bertanya ‘adik awak ke?’ ……hati suami siapalah yang tak tersenyum bangga. Diri sendiri apatah lagi !

Pencegah Kanser

Manjakani tak hanya membantu malam anda lebih berseri atau kulit kekal muda tetapi, yang terpenting manjakani mampu mencegah anda dari menghidapi penyakit kanser serviks dan payudara serta dapat mempercepatkan proses kesembuhan luka.

Kuatkan tulang dan gigi

Nak gigi sekuat gigi dinasour? caranya mudah dan murah ! sila berkenalan dengan manjakani dan nikmati ia didalam mulut anda. Segala khasiat akan masuk kedalam tubuh anda dan anda akan mendapat banyak kebaikan kesihatan darinya. Manjakani kaya dengan kalsium dan ia mampu menguatkan gigi serta tulang rusuk anda. Eh, tulang rusuk tu saya hanya bergurau. Ia menguatkan seluruh tulang-tulang anda.  Tulang anda kuat, gigi anda pun kuat ! berjalan tak lemah, tersenyum tak malu.

Ringkasnya, kewujudan manjakani didalam dunia sangat berpotensi membangunkan keghairahan cinta diantara dua manusia yang hangat diulit rasa sayang bersama. Manjakani tidak hanya menguntungkan si pengguna tetapi juga pasangan si pengguna. Khasiat manjakani lebih kepada wanita tetapi, yang mengalami keuntungannya adalah kedua-dua pasangan.

Isteri ketat, suami lekat ! Manjakani ada, hari-hari rapat.

Hakikatnya, manjakani telah digunakan secara meluas dalam pengubatan secara tradisional sejak berabad-abad lalu oleh orang Arab, Cina, dan Melayu. Malahan ia dipercayai telah digunakan sejak 2725 SM oleh orang Mesir purba. Keberkesanan manjakani ini telah lama terbukti terutama merawat keputihan , sakit tekak, ulser dan masalah kulit. Paling utama, ia amat cemerlang dalam mengetatkan  faraj wanita.

Malah, kini manjakani boleh diperoleh dengan pelbagai bentuk samaada bentuk kapsul, cecair, serbuk atau krim. Semuanya tercipta untuk tujuan menjadikan wanita semakin sihat dan tidak lemah ditelan usia.

Manjakani seindah namanya, memahami masalah wanita masa kini.

Leave a Reply

error: Content is protected !!