Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Kulit Wajah Sensitif Mudah Berjerawat Perlukan Extra Care!

Stress betul kalau kulit muka mudah berjerawat, kan?. Dah banyak berhabis duit, dah bermacam produk penjagaan kulit dicuba, tetapi kulit tetap jadi mudah berjerawat terutama jika terdedah kepada habuk dan kotoran. Hah, itu tandanya kulit uols adalah kulit jenis sensitif. Kulit wajah sensitif sememangnya memerlukan penjagaan rapi. Produk yang mahal dan berjenama tidak semestinya baik untuk uols tau!. Paling penting, produk itu mestilah sesuai dengan jenis kulit supaya masalah kulit dapat diatasi.

Beauty serioulsly needs effort…Menjaga kulit wajah yang sensitif sememangnya menuntut usaha dan kerajinan berterusan. Paling penting, kena pastikan yang kulit wajah anda sentiasa dicuci bersih terutama selepas anda keluar rumah dan terdedah kepada kotoran atau selepas memakai mekap. Di sini ada beberapa tips yang mungkin uols boleh ikuti dalam memilih skincare yang sesuai untuk kulit uols…

Jauhi pencuci wajah berasaskan sabun

Kebanyakan pencuci muka berasaskan sabun adalah beralkali dan sifat alkali akan menjejaskan keseimbangan PH pada kulit yang sensitif. Akibatnya, kulit akan jadi lebih kering dan lebih sensitif. Jika uols kurang pasti jenis pencuci yang mana lebih sesuai, pilih skincare yang berlabel hypoallergic. Jangan risau…Produk-produk ini banyak dijual di farmasi dengan harga berpatutan. Apa yang penting, ia dijamin tidak mempunyai bahan kimia dan alkohol yang boleh memudaratkan kulit sensitif. Selain itu, gunakan air suam untuk mencuci muka kerana ia memberikan kesan baik kepada kulit sensitif.

Gunakan krim siang yang mempunyai UVA/UVB

Terdedah kepada cahaya matahari boleh menjejaskan tekstur kulit sensitif. Untuk itu, penting bagi uols gunakan krim pelembab wajah yang mempunyai sekurang-kurangnya SPF30 untuk mencegah kulit daripada terkena sinaran matahari. Namun, perlu juga dipastikan krim tersebut adalah bebas minyak dan bebas daripada alkohol serta bahan kimia yang boleh menjejaskan kulit.

Penjagaan kulit wajah sensitif tidak hanya bergantung kepada jenis skincare yang digunakan saja. Tetapi,ada juga beberapa pantang larang yang perlu uols ikuti.

Elakkan solekan yang berlebihan

Alat solek sememangnya tidak elok untuk kulit sensitif, jadi kurangkan atau jauhi mekap jika tidak perlu. Solekan yang berlebihan membuatkan liang-liang kulit tersumbat dan seterusnya menyebabkan jerawat. Lebih elok jika anda hanya gunakan krim pelembab yang sesuai tanpa sebarang solekan so, kulit boleh bernafas secara semulajadi. Betul tak? Namun, jika anda lebih selesa bermekap, apa kata gunakan mekap jenis organik tanpa bahan kimia bagi solekan setiap hari.

Jaga tabiat pemakanan

Uols boleh mulakan azam dari sekarang untuk mengambil makanan yang sihat demi kesihatan kulit. Cuba jauhkan makanan berlemak dan berminyak dan banyakkan ambil sayuran, buah-buahan, bijirin-bijirin dan makanan lain yang mengandungi vitamin C. Tak rugi pun jika uols tak ikutkan sangat selera makan tu, sebab dengan mengambil makanan yang sihat bukan saja dapat menjaga kulit, tetapi juga dapat membantu menyihatkan badan!

Banyak lagi faktor dan perkara yang perlu diambil perhatian jika  uols mempunyai kulit wajah sensitif. Tidur yang cukup contohnya, dapat membantu sel  kulit untuk tumbuh dan pulih semula. Selain itu, jauhi dan kendalikan stress dengan baik kerana kesihatan mental memberikan kesan langsung kepada kesihatan kulit uols!

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!