Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Makan Sayur Untuk Jaga Payudara

Green-Juice-Juicy-Cleanse1

Banyak makan sayur kalau nak payudara sihat.. 

Kalau anda seorang yang mementingkan kepada penjagaan payudara, sayur adalah menu wajib yang perlu ada dalam setiap hidangan anda.

Tapi….mengapa sayur? Apa kaitan sayur dengan payudara?

Untuk entri kali ini saya akan kongsikan kebaikan dan manfaat yang anda akan dapat sekiranya menjadikan sayur sebagai menu utama diet harian anda. Seperti organ tubuh badan yang lain, payudara juga memerlukan penjagaan rapi oleh pemiliknya.. maklumlah payudara adalah aset wanita yang sangat beharga.

Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Journal Of Clinical Oncology menunjukan sayuran hijau mengandungi phytoestrogens yang tinggi.

Apa itu phytoestrogens?

PHYTOESTROGENS merupakan satu unsur yang sangat diperlukan oleh tubuh badan terutama wanita kerana unsur tersebut berkeupayaan melindungi setiap sel dalam badan daripada terdedah dengan radikal bebas. Umum mengetahui bahawa radikal bebas boleh mendatangkan bahaya kerana ia mampu merangsang sel payudara untuk membesar dan seterusnya menjadi penyebab berlakunya kanser payudara.

Pengambilan bahan mentah yang mengandungi unsur phytoestrogens dapat membantu mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

Selain sayur-sayuran hijau, phytoestrogens juga boleh didapati daripada bijirin seperti gandum, oat, barley, beras dan jagung. Phytoestrogens juga boleh didapati dalam bentuk makanan tambahan yang boleh dibeli di farmasi. Tetapi pengambilan daripada bahan semula jadi adalah amat digalakan.

Jadi, sekiranya anda ingin memiliki payudara yang sihat, amalkanlah makan sayur-sayuran hijau, petua yang mudah dan praktikal. Bukan kah mencegah lebih baik daripada mengubati? 🙂

Rujukan : Wikipedia

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!