Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Makanan Bantu Elak Barah

Selain mengamalkan gaya hidup sihat, penjagaan pemakanan yang betul juga boleh membantu seseorang itu terhindar daripada risiko penyakit barah. Antara yang barus dijadikan pilihan utama dalam sajian makanan harian sudah semestinya adalah sayur-sayuran dan buah-buahan

vegetables-largeUntuk entri kali ini saya akan menyenaraikan beberapa tip mudah bagi memastikan anda mengambil 7 hingga 9 hidangan sayuran dan buah-buahan setiap hari.

Minum segelas jus buah setiap pagi, pastikan 100% jus perahan buah sebenar, tanpa sebarang pengawet ye.

Jadikan buah-buahan segar sebagai snek harian anda. Cukup dengan mengambil sebiji epal atau pisang sebagai bekalan sebelum ke tempat kerja.

Anda juga boleh mengambil kudapan berkhasiat seperti buah-buahan kering (kismis, kurma dll). Boleh je beli kat TESCO dan hypermarket lain.

Amalkan makan sayur! Pastikan anda mengambil hidangan sayur (salad atau ulam) semasa makan tengahari.. Jadikannya sesuatu perkara yang WAJIB setiap hari.. Makanlah sekurang-kurangnya 2 sajian sayur setiap kali waktu makan.

Kacang hijau dan pis jangan dilupa. Masukkan sekali dalam diet harian anda.

Kurangkan atau berhenti terus menggunakan santan dalam masakan. Sebaliknya gantikan dengan susu rendah kolesterol. Kepada mereka yang sukan makan pasta tu… gantikan sos berkrimnya dengan sos tomato atau sayuran yang dihasilkan dengan minyak zaitun.

Ok, yang paling last sekali. Kurang-kurangkan lah makan aiskrim or puding or coklat untuk ‘desserts’. Seelok-eloknya gantikan lah dengan hirisan buah-buahan segar..

Takkan hari-hari nak makan buah? mesti bosan kan? Tapi, bukan kah mencegah lebih baik daripada mengubat?

🙂

Sumber rujukan : Yayasan Penyelidikan dan Pencegahan Barah Amerika Syarikat.

Leave a Reply

error: Content is protected !!