Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Mengapa Omega 3 Penting?

Anda biasa dengar Omega 3 kan? Pernah amalkan pengambilannya tak?

Ramai rakyat Malaysia yang mengamalkan pengambilan Omega 3 ni, tapi untuk apa ye?

Apa itu OMEGA 3 dan mengapa kita perlu mengamalkan pengambilan OMEGA 3?

kebaikan omega 3Apa itu OMEGA 3?

OMEGA 3 merupakan asid lemak penting yang diperlukan oleh tubuh bagi membantu tubuh kita berfungsi dengan normal. OMEGA 3 juga tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu (essential unsaturated fatty acids).

Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

  1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)
  2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)
  3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Oleh kerana  asid lemak penting seperti ALA,DHA dan EPA tidak dapat dihasilkan oleh tubuh, maka kita memerlukannya daripada sumber makanan harian.

Asid lemak tersebut sangat penting kepada tubuh kerana ia berperanan memberi tenaga kepada otot, jantung dan organ lain. Asid lemak juga bertindak sebagai bahan asas kepada membran sel dan simpanan tenaga kepada tubuh.

Kepentingan OMEGA 3

Berikut saya senaraikan beberapa kebaikan OMEGA 3 dalam menjana kesihatan yang optimum..

Mengurangkan Risiko Serangan Jantung.

  • Mengurangkan risiko masalah denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  • Mengurangkan risiko masalah sakit dada serta angin pada pesakit yang mempunyai masalah jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  • Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.

MengurangkanKadar Kolesterol, Risiko Darah Beku dan Saluran Darah Tersumbat

  • Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  • Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  • Mengurangkan Kolestrol Triglycerides & LDL dalam darah &  menaikkan paras Kolestrol Baik  (HDL)
  • Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
  • Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.

Membantu Mengurangkan Masalah Radang Sendi Bagi Penyakit Sendi Rheumatoids

Membantu Mengurangkan Masalah Usus

  • Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  • Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis

Membantu Mengurangkan Masalah Kulit

  • Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis

Membantu Pesakit Yang Menjalani Pemindahan Organ (Implant).

Membantu Dalam Tumbesaran Bayi dan Kanak-kanak

  • OMEGA 3 membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak.
  • Susu ibu juga kaya dengan DHA (Omega 3). Itu sebabnya, jika diperhatikan kebanyakan pengeluar susu formula sudah menambahkan kebaikan DHA ke dalam produk susu formula mereka.
  • Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
  • Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak

Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.

Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)

Salah satu sumber semulajadi untuk mendapatkan OMEGA 3 adalah daripada Ikan Salmon. Tapi tahukah anda Ikan Bilis juga mengandungi kadar OMEGA 3 yang tinggi? Seperti gambar dibawah..

[sociallocker]

sumber omega 3

[/sociallocker]

Ok, sekarang dah tau apa itu OMEGA 3dan kebaikannya kan? So, apa lagi jom kita amalkan pengambilan OMEGA 3 secara berterusan bagi memastikan kesihatan tubuh badan kita berada dalam kondisi yang sentiasa sihat..

🙂

Rujukan : Dr Norman Mohd Norawi (MBBS) | Life Plus

Leave a Reply

error: Content is protected !!