Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Panduan Mudah Buat Air Detox Sendiri

air detox 1Apa itu air detox?

Air detox ni sebenarnya adalah air kosong yang dimasukan dengan beberapa hirisan buah-buahan atau sayur-sayuran.. Setiap kombinasi sayuran dan buahan tadi berfungsi sebagai pembersih semula jadi tubuh badan.

Antara manfaat yang boleh kita dapati dengan meminum minuman detox ini adalah :

  • dapat membantu mencuci dalaman perut dan usus
  • dapat membantu menurunkan berat badan (sangat sesuai untuk mereka yang nak kurus)
  • dapat membantu mengempiskan perut buncit
  • dapat membantu melegakan sakit tekak
  • mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi
  • dapat membantu membuang toksin dalam badan
  • dapat membantu mengurangkan masalah selsema

Amacam? Best tak benefit yang anda dapat dengan mengamalkan air detox ni?

Bahan-bahannya:

2 biji limau nipis

4 biji limau kasturi

1 biji lemon

1biji limau sunkist

Cara penyediaan

Hiris nipis buah-buahan tersebut
air detox 2
Kemudian masukan buahan yang dihiris tadi kedalam botol yang boleh ditutup. BBotol bertutup digunakan bagi tujuan memudahkan penyimpanan.

air detox 3

 Kemudian masukan air, bboleh tambah ais jika suka

air detox 4

Bila semuanya dah sempurna, tutup bekas dan simpan dalam peti ais semalaman atau paling kurang 8 jam sebelum boleh di minum.

air detox 5

Sebaiknya air detox ni diminum pada awal pagi sebelum menjamah makanan. Bagi anda yang bekerja tu dicadangkan anda lakukan pada hujung minggu kerana tau-tau aje lah kan.. namapun detox sudah semestinya anda akan kerap ke tandas. Jadi pastikan iannya tidak menganggu rutin harian anda sehari-hari.

Selamat mencuba!

Sumber rujukan dan gambar  : Nor Azlita Binti Abdul Aziz

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!