Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Period Cramp? Ayuh Bertahan Dan Hindari Kekejangan Haid

Period Cramp? Ayuh Bertahan Dan Hindari Kekejangan Haid

Aduhh Period Cramp datang lagi. Period Cramp atau kekejangan haid memang menyakitkan. Semua wanita ada persamaan iaitu pernah mengalami kekejangan semasa haid sekurang-kurangnya sekali dalam hidup. Kesakitan ini membuatkan mereka berharap adanya rawatan yang dapat membantu mereka berdiri tegak.

Bagaimana mahu bertahan untuk tempoh kesakitan ini? Ini antara perkongsian tips dari Brightside yang pasti melegakanmu. Ayuh bertahan dan hindari kekejangan semasa haid.

1. Letak haba

Kajian dari saintis University College London menunjukkan suhu 40°C (104°F) membantu mengurangkan kekejangan haid. Ketua Penyelidik, Dr King menyatakan kekejangan ini disebabkan kurangnya aliran darah ke organ dan membawa kepada kerosakan tisu. Jadi letakkan botol air panas atau heating patch pada perut dan kesan haba akan mengusir kesakitan yang dialami.

2. Mandian air suam

Haba ternyata mengurangkan kekejangan atau kesakitan haid. Mandian air suam bukan sekadar merehatkan fizikal malah juga mental. Hanya penuhkan tab dengan  air panas, tambahkan garam mandian dan halia tanah. Anda juga boleh menambah beberapa titik minyak pati kegemaran dalam air mandian.

3. Urut perut dengan minyak pati

Kajian membuktikan urutan perut dengan minyak pati membantu melegakan kesakitan semasa haid. Antara teknik urutan yang digunakan ialah

  • Letakkan tapak tangan pada tengah perut, urut secara membulat dengan sedikit tekanan dan lakukan sebanyak 30 kali.
  • Letakkan jari tengah dan indeks kedua-dua tangan di atas pusat dan tekan perut. Gerakkan mengikut bentuk hati, ke atas, tepi dan bawah hingga selesai bentuk hati di bawah butang perut. Kemudian gerakkan jari semula dan ulang 20-30 kali.
  • Letakkan tangan di belakang (bahagian bawah tulang rusuk). Gerakkan tangan ke bawah dengan sedikit tekanan hingga ke tulang belakang dan ulang untuk 30 minit.
  • Gosok bahagian bawah perut dengan kedua-dua tangan sebanyak 30 kali.
  • ’Uli’ perut anda dengan buku jari selama 30 saat.

4. Minum teh herba

Berabad lamanya teh herba diminum kerana sifat penyembuhan herba. Walaupun janggal, namun saintis membuktikan khasiat teh chamomile (sejenis tumbuhan berbunga putih dan kuning) menyembuhkan kekejangan haid. Ia mengandungi glisin yang melegakan kekejangan otot dan kesannya berterusan sehingga 2 minggu. Selain itu, teh kunyit juga membantu meredakan kekejangan haid kerana sifat anti-radang padanya. Teh ini membantu meredakan kekejangan dan kembung serta memberi kesan menenangkan.

5. Tidur yang cukup

Tidur memang penting untuk kesihatan namun untuk mendapatkan tidur yang nyenyak semasa haid memang sukar. Kekejangan, sakit kepala dan perubahan mood turut mempengaruhi dan apabila tidak cukup tidur emosi kita mudah terganggu. Pakar mengesyorkan tidur dalam posisi janin kerana akan kendurkan otot perut dan mengurangkan kesakitan dialami.

6. Pastikan minum air secukupnya

Minum air secukupnya menghalang pengekalan cecair dalam badan. Ini membantu melegakan serta mengelakkan bengkak dan kembung. Sebaiknya, anda minum air suam atau panas dan bukannya minuman sejuk. Kesakitan akan reda apabila otot dalam keadaan rehat. Selain itu, and boleh makan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti timun, salad, tembikai dan buah beri yang juga tinggi kandungan air (90-96% ).

7. Senaman

Senaman membantu meningkatkan paras endorfin dalam badan yang akan menghilangkan kesakitan dan memperbaiki mood. Bagi kesan yang diinginkan, lakukan senaman 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 15 minit untuk setiap sesi.

Antara senaman yang terbaik adalah berjalan, menunggang basikal, melakukan yoga dan meluncur.

8. Hindari makanan ini semasa haid

Ada makanan tertentu yang harus dielakkan semasa sedang haid contohnya kafein. Kafein memburukkan simptom PMS termasuk kembung, perubahan mood, kesakitan dan kekejangan. Ia juga boleh mengganggu kitaran haid normal. Makanan lain yang perlu dielakkan adalah seperti makanan masin dan berlemak, coklat dan minuman berkarbonat.

Lain orang, lain caranya. Jadi pilihlah cara yang paling sesuai bagi memberi kelegaan kepada badan kerana setiap individu adalah berbeza.

Sumber: Brightside

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!