Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Perkara Yang Wajib Anda Elakkan Untuk Kekal Cantik.

Untuk entri kali ini team www.cun.my akan berkongsikan beberapa perkara yang WAJIB anda hindarkan jika nak kekal cantik dan menawan. Jom kita tengok apakah tips-tips tu…

Jangan Tidur Lewat

Kalau anda jenis orang yang suka tidur lewat, lepas ni pastikan anda susun jadual tidur supaya anda mendapat waktu tidur yang cukup. Lingkaran gelap dibawah mata tu sebenarnya berpunca daripada sikap individu yang mengabaikan waktu tidur yang cukup. Bila dah tak cukup tidur, wajah pon akan menjadi kusam dan tak ceria.

Tips

  • Tidur awal supaya anda boleh mendapat rehat/tidur yang cukup
  • Jika anda ada banyak kerja sekalipon jangan abaikan waktu rehat anda! Tak guna kalau kerja anda siap, tapi anda pula yang jatuh sakit.
  • Amalkan minum susu sebelum tidur, susu dapat membantu tidur anda lebih nyenak.

Hati-hati Dengan Bakteria Pada Telefon Bimbit

Hidup umpama tak lengkap kalau tiada telefon bimbit kan? Haha… itu perkara biasa sebab saya pon akan meresakan hari saya ‘kosong’ tanpa telefon bimbit. Tapi tahukah anda telefon bimbit yang anda sering guna tu sebenarnya tempat paling strategik untuk pembiakan bakteria?

Dari mana datangnya kekotoran ni? Sudah pasti daripada persekitaran anda, setiap kali anda masuk toilet, pasti anda akan bawa telefon bimbit bersama bukan? Nah.. dari situ la punca bakteria ni melekat.

Setiap kali anda menggunakan telefon bimbit tersebut untuk menerima dan membuat panggilan, bakteria dan kotoran pasti akan terlekat pada bahagian pipi dan sekitar wajah anda. Jadi usah ditanya mengapa jerawat mula muncul di wajah anda..

Ya, itu fakta!

Tips

  • Pastikan anda menyimpan telefon bimbit anda di tempat yang ‘selamat’ daripada jangkitan bakteria dan elakkan meletak telefon bimbit anda di tempat yang kotor.
  • Lap telefon bimbit anda dengan wet tissue untuk memastikan kebersihannya sebelum anda meletakkannya di telinga.

Jangan Kerap Mengerutkan Mata/Muka

Anda suka makan asam? Sering tension? Selalu mengecilkan mata untuk melihat objek kecil? Kebiasaannya, setiap kali keadaan ini berlaku, pasti raut wajah anda akan berkerut bukan? Sebenarnya perbuatan ini sedikit sebanyak menyebabkan kedutan di bahagian wajah. Jika keadaan berterusan begini, sel kulit wajah anda akan mudah rosak dan akan menyebabkan wajah anda kelihatan berkedut.

Tips

  • Kurangkan perasaan tension atau tekanan, jika tension, tarik nafas dalam-dalam dan rileks..
  • Kurangkan makan makanan yang masam-masam
  • Banyakkan senyuman. Bukan susah pon nak senyum kan?

Jangan Malas Tukar Sarung Bantal.

Nak cantik tak boleh malas-malas. Sarung bantal yang tidak diganti merupakan faktor utama kepada kerosakan sel pada wajah. Mengapa? Sebab bakteria mudah membiak di atas sarung bantal tersebut. Semakin hari semakin banyak bakteria beranak-pinak kat situ. Tanpa anda sedari, bakteria tersebut akhirnya akan berpindah ke pipi anda setiap kali anda tidur.

Tips

  • Belajar lah jadi rajin, tukarlah sarung bantal anda sekerap mungkin ya.. 🙂
  • Gunakan febreez antibakteria untuk di semburkan pada tilam anda.

Jangan Suka Bertukar Produk

Alahaii…. pantang dengar produk baru di pasaran, pasti anda nak cuba kan? Tak semua kulit wajah boleh terima kepada perubahan produk kecantikan. Jika kulit anda sensitif, kulit anda akan mengalami ruam atau kemereh-merahan. Kulit wajah ni merupakan tempat paling sensitif dengan bahan kimia, jadi pastikan anda berhati-hati semasa memilih bahan kosmetik.

Tips

  • Gunakan produk kosmetik yang berasaskan bahan semula jadi.
  • Pastikan produk anda selamat dan bebas bahan kimia. Klik sini untuk senarai produk kosmetik beracun
  • Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya produk yang anda guna memberi kesan negatif pada wajah.

Jangan Abaikan Aspek Pemakanan

Pernah dengar tak, penyakit bermula dari perut? Ya, dari apa yang kita makan. untuk memastikan wajah kekal cantik dan awet muda, khasiat pemakanan usah diabaikan. Penyakit sering terjadi apabila kita mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat. makan secara tidak teratur dan tidak mengikut masa yang betul juga penyumbang kepada masalah kesihatan.

Tips

  • Elakan memakan makanan manis dan berminyak. Makanan jenis ini bukan sahaja menyebabkan kulit anda berminyak dan berjerawat, malah merupakan faktor utama KEGEMUKAN. Anda suka gemuk?
  • Makan mengikut waktu yang betul. Jika kerja banyak sekalipun, utamakan waktu makan.
  • Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan. Makan sayur untuk kesihatan payudara

So, cukup setakat ini kami kongsikan beberapa perkara yang anda JANGAN LAKUKAN untuk memastikan wajah anda cantik dan sentiasa sihat. Kalau wajah anda cantik, sudah pasti tahap keyakinan anda pun akan bertambah kan? dan pastilah kejayaan sentiasa bersama anda. InsyaAllah…

Selamat mencuba ya.

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!