Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Perkara Yang Wanita Perlu Tahu Sebelum Kahwin

wedding-rings-wallpaper1

Berkahwin dan memiliki keluarga sendiri merupakan idaman setiap pasangan. Namun, berkahwin tidaklah semudah menebalikkan tapak tangan anda. Ia lebih dari itu. Banyak hal yang harus diperhatikan sebelum anda melangkah ke alam perkahwinan. Wanita khususnya perlu menitik-beratkan beberapa hal sebelum menjadi isteri bagi pasangannya.

Berikut merupakan perkara yang wanita perlu tahu sebelum berkahwin :-

Kenali Pasangan anda

Cinta boleh berputik bila-bila masa dan dimana-mana saja. Berkahwin atas dasar cinta juga mematikan segala kata orang dibelakang kita. Namun, adalah bodoh bagi wanita jika tidak benar-benar mengenali asal-usul pasangannya.

Di dunia ini ada ramai lelaki penipu, jangankan dunia, di Malaysia sahaja pun sudah banyak kes dilaporkan tentang wanita ditipu. Setelah berkahwin baru nak menyesal rupa-rupanya lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai anak dan jadilah kisahnya anda sebagai isteri nombor dua. Bukankah itu menyedihkan ?

Dapat Mengendalikan Emosi

Wanita seringkali dikaitkan dengan sikapnya yang sangat mudah terganggu emosinya. Hal kecil pun mampu membuatnya tersentuh. Namun, harus diingatkan bagi seorang manusia yang mahu membina rumah tangga sendiri, haruslah bijak mengawal emosi .

Setelah berkahwin keluarga anda mungkin akan mengalami pertengkaran kecil dan biasanya pertengkaran berlaku kerana perbezaan pendapat. Sebagai seorang wanita, anda harus bijak mengawal emosi anda dan salah satu dari pasangan harus mengalah dalam pertengkaran tersebut. Mengalah tidak bermaksud anda kalah tetapi, menenangkan situasi itu untuk mencari jalan penyelesaian lain dan bukannya berteriak bagai orang gila.

Mampu Bekerjasama

Mampu bekerjasama satu sama lain merupakan faktor penting dalam perkahwinan.  Jika selama berkasih anda dan pasangan sudah mampu bekerjasama dalam membangun hubungan dan saling membantu, maka ketika berkahwin anda dan pasangan kemungkinan besar akan mampu menghadapi masalah-masalah rumah tangga.

Jika pada peringkat bercinta pun, si lelaki kurang bekerjasama dan seakan tidak membantu apa-apa malah hanya menyusahkan untuk apa hubungan tersebut diteruskan. Cinta tidak akan bertahan lama jika segala nilai baik sebagai pasangan tidak ada. Memang, manusia tidak ada yang sempurna tetapi, bukankah sikap baik itu terbit dari dalam diri seseorang? Jika pada awalnya lelaki itu tidak baik adalah besar kemungkinan dia tidak akan baik setelah berkahwin.

Perkahwinan bukan untuk menyusahkan diri melainkan untuk melengkapi sesama dan  saling membantu dalam semua situasi .

Pastikan Kewangan Mantap

Para lelaki akan menikah jika mereka sudah bersedia dalam segi kewangan. Tidak hairanlah di zaman ini ramai lelaki yang berusia tetapi belum berkahwin.

Lelaki seakan mempunyai jam kehidupan yang berbeza dengan wanita. Keutamaan lelaki lebih cenderung dan berfokus kepada aspek kewangan sebelum mereka memiliki keluarga. Biasanya jika ia masih berjuang untuk membayar hutang, ia tidak ingin menambah beban dengan memiliki isteri dan pada hakikatnya, lelaki bertanggungjawab tidak ingin menyusahkan wanita kesayangannya menghadapi masalah setelah berkahwin.

Wanita tak seharusnya kabur mata melihat lelaki kacak semata-mata, romantik mengalahkan sang Romeo dan Juliet tetapi,  realitinya duit pun tidak ada. Berkahwin dengan lelaki seperti ini hanya mengundang sengsara dibelakang hari. Bukan mengajarkan wanita untuk menjadi materialistik tetapi, sekurang-kurangnya taraf hidup menjadi semakin baik ketika berkahwin dan tidak lagi bergantung pada ibu bapa.

Ujian HIV

Mungkin bagi anda ujian HIV ini tidak penting tetapi, dizaman serba boleh ini menjalani pemeriksaan sebelum berkahwin adalah sangat penting. Ujian ini penting untuk mengelakkan jangkitan jika terbukti pasangan anda pembava HIV.

Jika pasangan anda merupakan pembawa HIV, mahu atau tidak anda harus membuat keputusan samada untuk meneruskan hubungan cinta atau tidak. Jika hubungan diteruskan dalam perkahwinan, anak yang bakal dilahirkan adalah berpotensi dan sangat berisiko tinggi untuk menghidapi HIV. Setiap pasangan harus melakukan ujian HIV. Bukankah mencegah lebih baik dari mengubati ?

 Jangan Serahkan Tubuhmu

Banyak isu diutarakan tentang hal ini, perempuan suka-suka berkahwin tanpa persetujuan keluarga. Semuanya kerana cinta dan demi cinta rela menyerahkan semuanya pada lelaki yang difikirkan dialah segalanya.

Bukan memburukkan keadaan dengan menyeret nama lelaki sebagai raja penipu kerana pada hakikatnya wanita itu sendiri yang bersikap bodoh terhadap hidupnya. Lelaki boleh memberikan sejuta janji manis semanis gula tetapi, harus diingat terkadang janji itu hanya tinggal janji setelah apa yang diingini didapatinya. Oleh itu, jangan pernah melebihi sempadan, jangan menyerahkan tubuhmu sebelum perkawinan dilaksanakan. Ia adalah kerugian besar dan lagi malang jika anda mengandung sebelum berkahwin. Lelaki yang anda cintai dengan sepenuh hati itu, belum tentu mahu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Perkara terbaik adalah, jangan pernah cuba-cuba bermain seks sebelum anda berkahwin. Selalu diletakkan didalam kepala bahawa lelaki jahat selalu ingin merosakkan anda, habis madu sepah dibuang.

Leave a Reply

error: Content is protected !!