Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Petua Hilangkan Jerawat, Guna Halba & Asam Jawa Je, Sekelip Mata Jerawat Hilang!

Assalammualaikum sume,

Untuk post kali ni, admin nak kongsi satu petua pelik untuk hilangkan jerawat. Ye, pelik. Tapi berkesan tau. Petua hilangkan jerawat ini telah dikongsikan oleh  Zilla Janis.

Halba ni, selain boleh kempiskan perut dan buang angin, boleh juga korang guna untuk hilangkan jerawat. Geram gak tengok jerawat ni naik sesuka hati je, lagi perit kalau esok ada date, makin stress la citer dia..

Ok, jom admin kongsikan cara nak buat masker untuk hilangkan jerawat ni.

Bahan-bahannya

  • 1 genggam halba
  • 1 sudu teh asam jawa
  • Air sesudu makan

Cara-caranya

1 – Blendkan halba sampai halus. Pakai blend kering ye. Jangan bubuh air tau.

2 – Bila dah siap, bubuh halba dalam mangkuk lepastu bolehla letak air sikit. Nak lagi best, tambah asam jawa sikit. Khasiat asam jawa ada admin sertakan kat bawah.

3 – Dah letak semua bahan bahan tadi. Gaul rata. Pastu gosok kat muka ataupon kat badan. Biarkan 15 minit. Lepastu bilas dengan air.

Khasiat Asam Jawa

Menurut Zilla Janis asam jawa ni banyak khasiatnya, antara nya seperti :

  1. Mencerahkan kulit.
  2. Memudarkan selulit.
  3. Mengangkat sel sel kulit mati.
  4. Memudarkan flek hitam pada kulit wajah.
  5. Mengurangkan tanda penuaan.
  6. Memudarkan kesan hitam pada leher.
  7. Melembabkan kulit.
  8. Mengurangkan jerawat dan jeragat.

So, kepada yang nak dapat kulit wajah yang cantik gebus tanpa keluarkan kos yang banyak, boleh lah cuba petua ni, confirm bebas bahan kimia… Selamat mencuba.

Sumber :  Zilla Janis

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!