Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Petua Mengatasi Masalah Ketiak Hitam dan Berbau

Petua Mengatasi masalah Ketiak Hitam dan Berbau

Celah lengan (gelap) bewarna hitam dan berbau? Tidak dinafikan wanita pasti akan merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan jika mendapati celah lengan (ketiak) mereka kelihatan kusam, gelap dan hitam. Walau pun bahagian tersebut terselindung dan dukar dilihat namun, perasaan tidak selesa tetap menghatui segolongan wanita.

Bagi wanita yang dah berkahwin pasti perasaan malu akan menyelubungi diri ketika bersama dengan suami. Muka je cantik tapi ketiak hitam dan berbau! hehe.

Ok ok.. saya gurau je.

So, macamana nak hilangkan masalah ketiak hitam dan berbau ni? kami di www.cun.my akan berkongsikan beberapa tips dan petua bagimengatasi masalah tersebut.

Petua 1 – Kapur Sireh dan Limau Nipis

Yup.. guna limau nipis dan kapur sireh. Masukan perahan air limau nipis bersama dengan sedikit kapur sireh ke alam bekas dan gaul sehingga sebati. Kemudian, sapukan campuran tadi ke kawasan yang bawah lengan (ketiak) anda. Biarkan lebih kurang 15 minit, kemudian bilas denga air bersih.

Amalkan petua ni dalam 3 kali seminggu.

Petua ni bukan sahaja mengurangkan kesan hitam pada ketiak, malah ia juga mampu mengatasi masalah ketiak berbau.

Boleh dilakukan dibahagian terlindung anggotabadananda seperti celah peha, pelipat kaki dan leher.

Petua 2 – Guna Buah Betik

Ini adalah antara petua yang patut anda cuba. Dapatkan sebiji buah betik yang mengkal (hampir masak), bersihkan kulitnya dan kemudian parut buah betik tersebut sehingga halus.

Selepas tu sapukan pada ketiak hitam dan berbau, biarkan seketikan dan kemuan bilas dengan air bersih. Jika berkemampuan, anda boleh melakukan petua ini setiap hari sehingga anda mendapat kesan yang anda inginkan.

Petua 3 – Sireh dan Beras

Petua ni pula boleh dijadikan ‘scrub’ semasa anda mandi. Kisar segenggam beras sehingga halus.pastikan halus tau..  Kalau tak, dikhuatri kulit anda akan luka atau melecet. Selepas itu tumbuk lumat beberapa helai daun sireh dan campurkan kedua-dua bahan tadi.

Setelah selesai, anda boleh gunakan bahan tersebut semasa mandi. Gunakannya sebagai scrub bagi menyental daki-daki di badan terutamanya dibahadian ketiak dan celah paha.

Gosok bahan tersebut perlahan-lahan pada anggota badan sehingga ia tertanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja mampu memutihkan ketiak yang hitam malah juga mampu menjadikan kulit anda lembut dan halus.

Amalkan sekerap mungkin.

Petua 4 – Jaga Kebersihan

Selain petua diatas, sebagai seorang individu yang mementingkan keterampilan, anda juga dinasihati  mengikuti saranan berikut :

mandi sekerap mungkin menggunakan sabun khas untuk membersihkan diri dari daki serta kotoran.

Mengenakan pakaian yang longgar dapat membantu memberikan pengudaraan yang cukup pada tubuh.

Jika boleh, kurangkan kekerapan berpeluh di bawah ketiak dengan menggunakan bedak antibakteria.

Elakan daripada mencukur ketiak anda, gunakan sahaja veet (boleh beli kat farmasi), mudah dan tak mencederakan kulit.

Elakan sembur minyak wangi di bawah ketiak, cara ini hanya akan mengundang pembiakan bakteria di bawah ketiak anda.

Gunakan deoderan yang sesuai, dapatkan nasihat ahli farmasi untuk mengetahui deodoran yang sesuai untuk masalah anda.

Selamat mencuba.

Sumber : Mingguan Wanita

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!