Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Pisang Goreng Rangup. Resepi Rahsia Dari Dapur Hotel!

Jom, lepas ni boleh la korang try buat Pisang Goreng Rangup (Superb Rangup) ni untuk minum petang korang.

pisang_goreng

Gambar sekadar hiasan

 

Bahan-bahan

  • Dah namanya pun pisang goreng, mesti la bahan utamanya PISANG, ye tak?
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan (santan kotak)
  • 1/2 sudu besar baking powder (jenama Royal)
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna)
  • 1 biji telur
  • air secukupnya
  • 2 sudu besar marjerin – dipanaskan hingga cair dan disejukkan.

Cara Nak Buat

1. Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat – adun guna tangan (guna tangan tau, bukan sudu)
3. Masukkan marjerin cair, pastu gaul dengan tangan juga.
4. Celup pisang dan goreng dalam minyak yang panas.

 

Siap… Senang je kan…? bahan dan cara nak buatnya pun tak leceh sangat, kalau tak nak guna pisang,¬†gantikan je dengan cendawan, cempedak or keledek. Kalau nak guna tempe pon boleh.. Selamat mencuba..

Leave a Reply

error: Content is protected !!