Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Rawat Bibir Gelap Secara Semulajadi.

Siapa yang tak mahu bibir merah bak delima merekah? Jangan kata wanita, kaum lelaki pun menginginkannya. Mana tidaknya, bibir cantik buat senyuman si teruna dan dara lebih menawan. Namun, ramai wanita yang menghadapi masalah bibir gelap akibat pelbagai faktor seperti pancaran sinar UV, merokok, pengambilan teh dan kopi yang berlebihan dan sebagainya. Anda mesti ingat, bibir juga memerlukan perlindungan dan penjagaan agar sentiasa kelihatan munggil dan menawan. Oleh itu, cubalah amalkan petua-petua ini untuk mengatasi masalah bibir gelap!

Minyak Kelapa

Image result for minyak kelapa

Minyak kelapa mengandungi asid lemak yang penting untuk mengekalkan kelembapan dan kesihatan bibir. Anda boleh oleskan minyak kelapa pada bibir sebagai pelembap setiap hari dan sebelum tidur. Gunakan jari telunjuk dan urutkan perlahan-lahan pada bibir anda. Jangan lupa pastikan minyak kelapa yang anda gunakan tu asli ya.

Minyak Badam

Image result for badam oil

Minyak badam sangat berkhasiat untuk melicinkan dan menyerikan kulit. Kebolehan memperbaiki tekstur kulit yang dimilikinya mampu membantu mencerahkan warna bibir sekaligus mengawal perubahan warna. Ambil setitis dua minyak badam dan urutkan pada bibir anda dengan menggunakan jari telunjuk selama  1 hingga 2 minit. Amalkan setiap malam sebelum anda tidur.

Serum Bibir Madu Lemon

 

Yang ini adalah cara terbaik untuk rawat masalah bibir gelap. Anda boleh lakukannya sendiri di rumah hanya dengan lemon dan madu. Estrak sitrus yang terkandung dalam jus lemon mampu membuang tona gelap dan madu pula menyuburkan bibir lalu membuatnya kelihatan merah jambu. Anda boleh campurkan sedikit jus lemon dengan madu dan sapukannya pada bibir. Biarkan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum mengelap bibir anda dengan tuala atau kain lembut yang telah dilembabkan. Lakukannya sekerap yang boleh untuk menanggalkan tona gelap dan pigmentasi. Jika ada lebihan serum, simpanlah di dalam peti sejuk dan ia mampu bertahan selama seminggu.

Gliserin

Selain dari pendedahan terhadap matahari dan kurangnya penjagaan, kekeringan juga merupakan salah satu faktor bibir menjadi gelap. Penggunaan gliserin dapat mengekalkan kelembapan dan mengelakkan kekeringan. Ini membantu mengatasi masalah bibir gelap. Sapukan gliserin pada bibir menggunakan kapas setiap malam sebelum anda tidur.

Aloe Vera

Image result for aloevera png

Aloe vera mengandungi flavonoid yang dipanggil aloesin. Sebatian polifenolik ini bertindak menghalang proses pigmentasi pada kulit, lalu menyebabkan berlakunya pencerahan warna bibir. Aloe vera juga membekalkan pelbagai nutrisi yang melengkapi keperluan kulit. Lagi baik jika anda memiliki tanaman berkhasiat ini di rumah. Gunakan lapisan nipis gel aloe vera untuk disapukan pada bibir. Biar hingga kering dan bilas dengan air suam. Anda perlu mengulanginya setiap hari untuk kesan yang terbaik.

Serbuk Penaik

Image result for baking soda

Bibir yang gelap mungkin juga berpunca daripada sel kulit mati yang terkumpul pada lapisan luar bibir. Serbuk penaik berguna untuk menanggalkan sel kulit mati tersebut melalui proses pengelupasan sekaligus melahirkan bibir yang sihat dan memberi warna merah jambu pada bibir. Anda boleh hasilkan scrub bibir dengan mencampurkan 1 sudu teh serbuk penaik dengan sedikit air. Sapukan pes itu tadi pada bibir menggunakan berus gigi atau hujung jari anda secara lembut dengan pergerakan membulat selama 2 minit. Bilas dan lapkannya dengan kain lembut. Jangan lupa oleskan lip balm atau minyak zaitun pada bibir kemdiannya bagi mengelakkan kekeringan.

Jus Timun

 

Bagi yang  tak tahu, penggunaan jus timun setiap hari boleh membuat bibir anda kelihatan segar dan nampak pink-pink gitu. Ia juga mampu memberi kelembutan dan nafas baru pada kulit. Caranya mudah saja, kisarkan timun dan simpan jus timun segar tersebut ke dalam peti sejuk. Sapukan pada bibir setiap hari menggunakan bebola kapas dan biarkan sekurang-kurangnya 20-30 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan setiap hari dan akan perasaan perubahan pada bibir setelah 15-20 hari. Cubalah!

Bagaimanapun, jangan hanya berharap pada rawatan semula jadi itu tadi semata-mata. Yang paling penting adalah, penjagaan kesihatan dan pemakanan anda. Banyakkan minum air putih dan pengambilan buah serta sayur. Elakkan pemakaian produk-produk yang tidak terjamin keselamatannya. Ingat, mencegah adalah lebih baik dari merawat.

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!