Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Rendah Diri Sebab Kulit Muka Berparut Jerawat? Baca Nasihat ini!

Tidak semua orang di dunia ini dianugerahkan dengan kulit wajah yang senang dijaga dan kurang bermasalah. Ada sesetengah individu yang terpaksa struggle untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan bebas cela tanpa jerawat. Itupun selepas banyak produk yang dicuba dan macam-macam cara dibuat, wajah masih tetap bermasalah. Kulit breakout, jerawat, jeragat dan berparut sememangnya boleh mengundang stress, kan? Sehingga, ada ramai yang malu nak keluar rumah dan berdepan dengan orang ramai.

Tahukah anda yang salah satu diantara penyebab kepada kemurungan dan depresi adalah kerana masalah kulit wajah? Percaya atau tidak, ianya adalah realiti yang berlaku bukan saja di kalangan masyarakat kita, malah juga masyarakat di seluruh dunia. Apatah lagi apabila kekurangan kulit wajah itu menjadi bahan ejekan dan  bahan lawak makcik-makcik dan pakcik-pakcik bawang yang mulutnya memang takde insuran! Sudah tentu ia akan menambahkan lara di jiwa…  Adakah anda sebahagian daripada mereka? Jika ya, tarik nafas dalam-dalam, dan baca nasihat ini!

Definisi kecantikan itu adalah meluas, bukan terletak pada paras rupa semata-mata.

Siapa yang tak impikan kulit wajah yang cantik, kan? Tapi, jika anda tergolong dalam golongan yang mempunyai kulit wajah yang bermasalah atau kurang dari segi paras rupa, jangan jadikannya alasan untuk tidak menjalani hidup anda secara optima. Definisi kecantikan itu tidak hanya terletak kepada wajah dan paras rupa,malah ianya sangat meluas dan lebih daripada penampilan fizikal semata-mata. Intelektual, cara anda membawa diri, dan sikap positif anda turut memainkan peranan dan mampu menjadi daya penarik kepada diri anda. Tak cantik, no hal!

Bersyukur dan hargai diri anda.

Setiap kali menatap wajah di cermin, jangan fokus kepada jerawat atau apa saja masalah pada kulit wajah anda tu. Sebaliknya, ucapkanlah syukur kerana anda dilahirkan dengan rupa paras yang sempurna. Ada hidung, ada mata, ada mulut dan sebagainya, sepatutnya sudah cukup untuk anda merasakan yang anda seorang yang bertuah. Berhentilah berkata yang buruk tentang diri anda. Gantikan perkataan “Aku hodoh”, “kulit berjerawat” atau apa saja label buruk kepada kata-kata yang lebih positif, seperti  “Alhamdulillah,aku dilahirkan sempurna”.Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain yang tidak punya masalah kulit wajah.

Cari potensi dan kelebihan diri.

Tertekan dan kecewa setiap kali melihat wajah dicermin hanya membuatkan kita lupa untuk mengembangkan potensi diri yang sebenar. Mungkin ada diantara kita yang sering berfikir, “kalau aku tak cantik, mesti takde siapa nak berkawan dengan aku”, “aku hodoh, takde siapa yang nak ambil aku kerja”, dan macam-macam lagi kata-kata negatif sehingga kita meletakkan kecantikan dan kesempurnaan wajah itu adalah sesuatu yang perlu. Hakikatnya, tidak ada sesiapa di dunia ini yang sempurna.  Jadi, be positive! Orang tertarik dengan anda bukan kerana betapa cantiknya anda tetapi bagaimana anda mudah membuka minda dan diri untuk didekati. Mungkin ada kelebihan yang anda miliki membuatkan anda kelihatan menarik di mata mereka, seperti anda mudah buat orang ketawa, sentiasa positif, tidak sombong dan sebagainya dan kualiti dalam diri sebegini lah yang perlu anda cungkil untuk buat anda lebih hargai diri anda.

Jangan ambil peduli persepsi orang lain terhadap diri anda.

Seringkali kalau muka berjerawat, kita jadi malu nak keluar dari rumah dan berdepan dengan orang ramai kerana bimbang tentang cakap-cakap serta reaksi orang lain kepada kita. Sebab itulah, kita hilang keyakinan diri untuk melakukan aktiviti seharian. Cuba jangan pedulikan apa yang orang lain fikirkan tentang anda. Selagi anda tak buat perkara yang salah, teruskan menjalani hidup dengan bahagia. Andai kata, ada rakan-rakan anda menjadikan masalah kulit anda itu sebagai bahan lawak, jauhi lah mereka  kerana orang sebegini sebenarnya tidak layak untuk menjadi kawan anda!

Senyumlah selalu

A smile is the best makeup you can wear. Memang tepat dan benar! Orang cantik tapi sombong, akan nampak tak cantik juga. Siapa setuju? Cubalah paksa diri anda tersenyum saat diri dilanda masalah atau rasa down.  Senyuman akan buat kita lebih positif dan rasa bahagia, bukan hanya kepada diri kita sendiri tetapi juga kepada orang yang melihatnya. Sedarkah anda yang setiap kali anda tersenyum atau ketawa biarpun sedang dalam masalah, ia pasti akan sedikit sebanyak buat mood  anda ok semula. Inilah ‘magik’ yang dicetuskan oleh segaris senyuman. Tapi, berpada-pada lah ya, Jangan pulak asyik senyum sampai orang sekeliling fikir anda ni something wrong somewhere…😊

Pakai mekap tapi jangan keterlaluan.

Menjaga penampilan sememang nya mampu mengembalikan keyakinan diri anda untuk berdepan dengan orang lain. Bermekap lah untuk menutup cela di wajah dan menjadikan wajah anda lebih ceria. Tapi, jangan keterlaluan sampai nampak pelik pulak. Gunakan alat mekap yang tidak memudaratkan kulit wajah anda yang sensitif tu. Paling tidak pun, calitkan sedikit lipstik supaya wajah nampak lebih fresh.

So ladies, jangan jadikan masalah kulit wajah sebagai penghalang untuk anda menjalani kehidupan anda dengan gembira. Cantik itu adalah subjektif, maksudnya ia bukanlah satu-satunya perkara utama dalam hidup. Cantik bukan terletak kepada paras rupa semata-mata tetapi juga keperibadian diri. Jadi, terus percaya kepada diri anda dan jalanilah hidup dengan yakin!

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!