Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Resepi Kek Kukus Buah

Jom bagi Review Resepi ni
  • Bahan-bahan
  • Rasa
4.3
Sending
User Review
0 (0 votes)

Assalammualaikum semua,

Untuk resepi kali ini, pihak cun.my telah berbesar hati untuk kongsikan resepi dari salah seorang pembaca portal kami iaitu Puan Rohayu. Berikut adalah resepi serta cara-cara untuk membuat Kek Kukus Buah. Nyumm… nyum… Apa lagi? jom lah try….

Bahan-bahannya :-

bahan

3 suku cawan tepung gandum
250gm butter
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air suam
1 1/2 cawan fruit mix
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil cream of tartar
1 sudu besar bicabonate of soda
4 biji telur
Sedikit aluminium foil

Cara -cara membuat Kek Kukus Buah.

Resepi kek buah 1

Resepi kek buah 2

1 cawan gula dimasak sehingga perang. Bila dah perang masukkan 1 cawan air.

Resepi kek buah 3

Masukkan butter ke dalam gula perang dan biarkan ia larut.

Resepi kek buah 4

Setelah larut, masukkan fruit mix. Biarkan ia masak sehingga fruit mix timbul. Tutup api dan biarkan sehingga sejuk. (Ketepikan)

Resepi kek buah 5

Putar telur dengan 1/2 cawan gula hingga kembang.

Kemudian, masukkan esen vanila dan putar seketika.

Resepi kek buah 6

Masukkan tepung yang telah diayak bersama cream of tartar serta bicabonate of soda. Gaul sehingga sebati.

Resepi kek buah 7

Masukkan fruit mix yang dah dicampur bersama gula perang kedalam adunan tepung tadi. Gaul sehingga sebati.

Resepi kek buah 8

Masukkan adunan  ke dalam loyang yang telah disapu majerin.

Resepi kek buah 9

Tutup adunan menggunakan aluminium foil.

Kukus selama 2 jam.

Resepi kek buah 10

Resepi kek buah 11

Tada…… Siap sudah Kek Kukus Buah.

Selamat mencuba. 🙂

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!