Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Resepi Kerabu Kerang Ala Thai. Pasti Sedap!!!

Bagi anda yang kekeringan idea untuk menyediakan menu makan tengah hari, boleh cuba resepi yang mudah, cepat dan pasti sedap, iaitu Kerabu Kerang Ala Thai. Kerabu dianggap sebagai salad versi orang Melayu dengan menggunakan ulam-ulaman sebagai bahan utama.

Jom, kita cuba resepi ringkas yang menyelerakan ini. Pasti tidak akan mengecewakan.

BAHAN-BAHAN:

2 cawan taugeh
5 batang kacang botor
1 biji bawang besar – boleh kurangkan
1 biji cili merah – boleh tambah
1/2 cawan udang kering
1 cawan isi kerang rebus – boleh tambah
Perahan jus limau nipis secukupnya
Sedikit belacan
kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi. Anda boleh tambah atau kurang ikut pada selera masing-masing.

CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan kacang botor dan dipotong nipis kemudian bersihkan taugeh dan dicelur dalam air panas selama 5 saat saja.

Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu. Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau kasturi dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata. Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!