Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Resepi Lasagna (Beef) Yang Super Sedap!

Resepi Lasagna ni adalah hasil tangan Liyana Rahman. Fuhh… memang kecur air liur bila tengok hidangan ni. Amacam? korang nak try? Di bawah ni saya ada sertakan resepi yang telah di copy pastes dari FB beliau..

Selamat mencuba..

Bread Lasagna (Beef)

Bahan-bahan (inti) :

lagsana daging bahan
250g Daging cincang (if bekas besar lebihkan)
2 sosej (hiris-optional sekadar memeriahkan)
1 biji bawang holland (dadu)
3 biji bawang putih (cincang)
4 sudu sos pasta (sos tomato pon boleh)
4 sudu sos black pepper
Serbuk paprika (optional-den tambah)
Mixed herbs (optional-den tambah)
3 inch carrot (dadu) – blh guna mix vege
1 batang cili merah (hiris halus)
1 batang cili hijau (hiris halus)
Daun sup (hiris halus)

Bahan-bahan lain :

lagsana daging bahan 2
Roti gardenia (atau apa2 roti, berapa keping ikut bekas)
12 slice Cheese (sama mcm roti-ikut bekas)
½ cawan Mozzarella cheese (parut-optional)
100ml susu segar
2 biji telur
Majerin (untuk gris tray)

Cara-cara (inti) :

cara buat inti lasagna daging
1. Panaskan minyak, tumis bawang holland & bawang putih sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan carrot, masukkan daging cincang & sosej. Masak sehingga daging empuk.
3. Selepas daging empuk, masukkan sos pasta & sos blackpepper. Gaul sebati.
4. Letak serbuk paprika & mixed herbs. Gaul sebati.
5. Masukkan cili merah, hijau & daun sup.
6. Gaul rata. Masak sekejap. Siap, ketepikan & biar sejuk.

cara buat inti lasagna daging 2

 

Cara-cara (melapis) :

cara lapis lasagna
1. Gris tray dengan majerin
2. Kacau telur & susu sehingga sebati. Celurkan roti
3. Susun roti dlm tray rapat².
4. Kemudian letak inti di atas roti dan ratakan.
5. Letak slice cheese di atas inti.
6. Ulang cara 2-5
7. Layer yg atas sekali tabur mozzarella.
8. Bakar 160-180°c (ikut oven masing²) – 40minit

Ini lah hasil lasagna yang dah siap.

Waaaa….. sedapnyee. Admin dapat belanja gambar je la eh. Kalau uolls nak, buat la sendiri. Admin pon nak buat ni..haha

lasagna daging 3

lasagna daging 2

lasagna daging

 

Sumber : FB Liyana Rahman

Leave a Reply

error: Content is protected !!