Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Resepi Sayur Kimchan Goreng Bersama Ayam

Jom masak! Untuk Entri kali ini pihak cun.my berbesar hati untuk berkongsi resepi daripada Puan Nor Dzawiah binti Hitam.

Resepi kali ini adalah Resepi Sayur Kimchan Goreng Bersama Ayam. Kepada yang tak kenal sayur Kimchan tu, kat bawah ni ada gambarnya.. Mana nak dapat sayur ni? Biasanya kat Hypermarket la..

Oh ya, Kimchan ni juga dikenali sebagai sayur bunga lily atau lily bud.

Bahan-bahannya

  • 200 gram sayur kimchan
  • 150 gram dada ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang sederhana besar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak jagung
  • 1 cili merah

Cara-caranya

  1. Basuh sayur kimchan
  2. kimchanHiris bawang merah,bawang putih dan cili merah.
  3. Kemudian hiris juga dada ayam
  4. image004Sediakan kuali dan tuangkan minyak jagung untuk menumis bawang merah,bawang putih dan juga cili merah kemudian masukkan sos tiram .
  5. resepi kimchanKemudian masukkan pula dada ayam dan tumis sehingga masak
  6. resepi kimchan ayamAkhir sekali masuk sayur kimchan dan jangan terlalu lama sekadar layukan sahaja.
  7. image010Siap untuk hidangan 4 orang

Kepada anda2 yang sibuk bekerja sudah pasti memerlukan resepi ringkas dan sedap kan?  So, apa lagi jom la kita try Resepi Sayur Kimchan ni di rumah. Selamat mencuba.. 🙂

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!