Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Resepi Telur Bistik Berinti Cendawan

Resepi telur yang simple dan sedap! Ok untuk entri kali ni, kami kongsikan cara-cara masak Bistik Telur Berinti Cendawan. Haha Bunyinye macam senang kan? Tapi kalau silap cara tak menjadi juga… ūüôā

Resepi ini telah di sumbangkan oleh Puan Nor Dzawiah binti Hitam. Thank you kak..

So, apa lagi? Jom kita start.

BAHAN-BAHANNYA

Bahagian A (Telur Bistik)

  • ¬†5 ulas bawang putih
  • 3 biji cili api
  • Setengah biji lobak merah
  • 250 gram kobis bunga
  • 15 ketul cendawan butang segar (boleh juga guna dalam tin)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis

Bahagian B (Kuah Bistik)

  • ¬†3 ulas bawang putih
  • 1sudu sos tiram
  • 2 sudu besar sup krim cendawan dicampurkan dengan 3/4 cawan air
  • 1 sudu kecil kicap soya
  • 1 sudu besar minyak untuk menumis

CARA-CARANYA

Bahagian A

Hiris cili api, bawang putih, lobak merah, kobis bunga dan cendawan butang.

image002Tuang minyak ke dalam kuali dan tumis bawang putih dan cili api serta sos tiram

Resepi TelurSetelah naik baunya masukkan lobak merah dan bunga kobis untuk seketika dan kemudian masukkan cendawan butang.

Resepi Telur CendawanGaulkan kesemua sayuran tadi dan setelah masak layu maka angkat dan tuang ke dalam mangkuk. Sementara itu pecahkan telur dan kacau rata dengan menggunakan garfu.

Resepi Telur BistikSediakan kuali dan tuangkan satu sudu besar minyak masak untuk menggoreng telur dan setelah panas masukkan telur yang telah dipukul tadi dan tebarkan keseluruhan kuali tersebut…

Resepi Telur DadarSetelah hampir masak telur tersebut, masukkan cendawan yang siap digoreng tadi dan lipat bahagian kiri dan kanan untuk membungkus cendawan tersebut. Nyum..nyum…

Resepi Telur Cendawan ButangAngkat dan letakkan telur bungkus tersebut ke dalam mangkuk hidangan dan ketepikan.

Resepi Telur Sedap

Bahagian B (Penyediaan Kuah)

Campurkan sup krim cendawan dengan air. Sementara itu tuangkan minyak masak dan tumis bawang putih dan setelah naik bau masukkan sos tiram. Kacau dan kemudian tuangkan adunan sup krim cendawan kedalam kuali.

Resepi Telur Sos

Resepi Telur Krim SupSetelah menggelegak kuah tersebut, tutup api dan tuangkan kedalam mangkuk yang berisi telur yang dibungkus tadi.

Resepi Telur MudahTadaaa.. Da siap untuk dihidangkan dan kalau nak lagi menarik anda boleh la letak hirisan cili atau daun ketumbar atau daun sup sebagai hiasan. Hidangan ini cukup untuk 2 orang. Kalau pasangan yang baru kawin tu boleh la cuba ek.. Baru romantik, makan bersama orang yang tersayang..

Selamat Mencuba.. ūüôā

Anda ada resepi untuk dikongsi? Jom Sertai Kami…

Leave a Reply

error: Content is protected !!