Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Restoran Ciku-Ciku. Lokasi Percutian Wajib Di Sekitar Ipoh.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Bandarraya Ipoh pasti rata-rata pengunjung akan bertanyakan soalan ‘dimana tempat makan menarik di Ipoh?’. Pengalaman penulis sendiri apabila menjejakkan kaki di Ipoh lebih setahun lalu juga bertanyakan soalan yang sama.

Kini setelah setahun lebih berada disini ada beberapa lokasi restoran dan kedai makan yang menarik yang boleh dikongsi oleh penulis dengan semua yang berhajat untuk bersiar-siar atau mungkin juga menetap di Ipoh.

Untuk episod pengenalan ini biar saya memperkenalkan satu restoran yang terletak di Chemor, Ipoh, Perak. Restoran yang dimaksudkan adalah RESTORAN CIKU-CIKU, restoran yang terletak di tepi jalan ini amat mudah ditemui, terletak lebih kurang 15 minit pemanduan dari Mydin, Chemor dan lebih kurang 20 minit pemanduan dari Klebang, Chemor Ipoh, restoran ini sangat-sangat berbaloi untuk dicuba.

DSC_2338

Menyediakan menu yang lazat, servis yang cepat dengan suasana  restoran yang dikelilingi rumpun buluh yang menyegarkan pasti akan membuka selera setiap pengunjung. Samaada memilih hidangan makanan goreng  panas seperti nasi goreng ayam, nasi goreng pataya ataupun hidangan set seperti ikan siakap stim limau, kalian ikan masin, sotong  goreng tepung yang disajikan dengan sempurna sudah cukup untuk membuatkan pengunjung kembali untuk makan disini lagi. Sudah pastinya harga memainkan peranan penting untuk pengunjung, apa-apa pun jangan risau kerana disini anda akan dapati ianya sangat berbaloi dan murah.

DSC_2332

DSC_2333

DSC_2334Ikan siakap stim limau, sotong goreng tepung, kailan masin, tomyam campur, telur dada dan nasi untuk 6 orang makan disajikan dengan teh o ais, limau asam boi dan beberapa lagi jenis air yang menyegarkan dengan harga yang kurang dari RM100.00 sangat-sangat berbaloi. Setiap hidangan yang disajikan cukup sempurna dengan rasa dan aromanya yang pasti membuatkan pengunjung terliur takala makanan disajikan. Terdapat juga gerai yong tau fu dan satay didalam restoran ini sebagai penambah selera dan juga pilihan untuk mereka yang tidak mahu menjamah hidangan berat di malam hari. Dibuka dari petang hingga ke tengah malam sangat sesuai untuk mereka yang berkerjaya yang inginkan suasana tenang dan hidangan yang menyelerakan.

DSC_2335

Jadi, jika anda berkunjung ke Ipoh jangan lupa untuk merasai sendiri keenakkan masakan direstoran ciku-ciku ini. Selamat mencuba!

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!