Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Sakit Kaki Kerana Kasut? Tips Ni Mungkin Boleh Membantu

Pernah tak anda berjalan di mall atau butik atau pasar malam dan anda terlihat kasut cantik yang membuatkan anda terpesona untuk membelinya? Bila di cuba, rasa selesa. Tapi bila anda membeli dan memakainya keesokan hari, anda pulang dengan kaki yang sakit dan melecet. Aduh! Tapi anda sayangkan kasut cantik itu dan mahu memakainya lagi. Tak mengapa, anda boleh cuba tips mudah ni untuk hilangkan penderitaan kaki anda.

Plaster

Plaster yang anda gunakan untuk luka juga boleh dijadikan penyelamat masalah kasut. Lekat plaster pada bahagian belakang kasut untuk mengelakkan geseran yang menyebabkan kaki anda melecet. Jika kaki anda melecet di bahagian lain, lekatkan lah plaster pada bahagian yang bersesuaian pada kasut anda.

Bedak Talkum

Bagi mengelakkan geseran di bahagian tapak kaki pula, anda boleh gunakan bedak talkum. Taburkan bedak pada tapak kaki sebelum memakai kasut. Pastikan kasut dan kaki anda tak basah okey.

Stoking Tebal dan Pengering Rambut

Jika kasut anda ketat, anda boleh cuba tips ini. Pakai stoking tebal dan kemudian pakai kasut anda. Gunakan pengering rambut dan hangatkan bahagian-bahagian yang terasa ketat. Lepas tu, jalan sekeliling dengannya sehingga kasut tersebut sejuk semula. Proses ini akan membuatkan kasut anda kembang sedikit akibat kepanasan dari pengering rambut tadi. Anda boleh ulang jika perlu. Ps: Tips ni berkesan untuk kasut yang diperbuat dengan material semulajadi seperti kulit sahaja.

Deodoran

Bahagian sisi kaki, tumit dan jari kaki anda adalah bahagian yang paling cepat rasa sakit jika kasut anda tak selesa.Untuk kurangkan geseran di bahagian-bahagian ini, anda boleh sapukan deodoran pada bahagian terlibat.

Sol Silikon

Anda boleh dapatkan pelindung ini dari farmasi, kedai ortopedik, atau beli online. Sol silikon boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz termasuk pelindung tumit dan jari kaki. Anda tak perlu risau kaki anda akan sakit lagi lepas pakai sol silikon ini.

Ais

Isikan air dalam beg plastik, kemudian masukkan dalam kasut anda. Letak kasut tersebut dalam peti sejuk bahagian pembeku dan biarkan semalaman. Bila anda keluarkannya keesokan hari, anda akan dapati kasut anda lebih luas sebab air tadi betukar jadi ais dan melebarkan kasut tersebut.

Alkohol dan Kertas

Semburkan alkohol pada bahagian dalam kasut supaya ia basah. Longgokkan kertas yang telah dironyokkan ke dalam kasut tersebut dan biarkan semalaman. Lagi banyak kertas yang anda guna, lagi baik. Keluarkan longgokan kertas tersebut keesokan hari dan pakai kasut itu supaya ia mengikut bentuk kaki anda. Jangan lupa cuci kaki anda sebersihnya sebelum ambil wudhuk nanti.

Krim Pelembab

Tips yang ini hanya berkesan untuk kasut kulit yang tulen. Sapukan krim pelembab pada bahagian dalam kasut, lebihkan pada bahagian tumit dan jari kaki. Krim pelembab ini mampu melembutkan kulit kasut. Jadi bila anda memakainya, ia akan mengikut bentuk kaki anda.

Ubi Kentang

Tips ini pula mampu buat kasut sukan anda lebih besar dan betul-betul muat dengan kaki anda. Masukkan ubi kentang yang telah dibersihkan ke dalam kasut, biarkan semalaman. Biasanya, ubi kentang tidak meninggalkan bau, tapi untuk pastikan tiada lebihan ubi kentang dalam kasut, lapkan kasut anda dengan kain lembab.

Tukang Kasut Tempatan

Jika usaha anda masih tidak berjaya, anda boleh harapkan tukang kasut tempatan di sekitar anda. Kebanyakan tukang kasut mempunyai alat khas yang boleh menyelesaikan masalah anda. Contohnya, anda boleh minta mereka regangkan kasut supaya kaki anda tak terasa sakit lagi.

 

Hasilnya, anda tak perlu beli kasut baru yang lain kerana kasut cantik kesayangan anda terasa lebih selesa dan tidak lagi menyakitkan, apatah lagi melecet. Kini, anda boleh berjalan dengan senyuman dan penuh keyakinan!

Leave a Reply

error: Content is protected !!