Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Saya Nak Gemuk!

Kebanyakan orang bermati-matian nak cari cara kuruskan badan atau kurangkan berat badan. Tapi tak kurang juga yang mencari cara nak tambah berat badan. Kalau boleh semua orang nak berat badan ideal, which is tak terlalu gemuk dan tak terlalu kurus. Anda yang nak gemukkan sikit badan tu perlu pastikan yang cara yang anda gunakan tu betul dan sihat. Jangan pula suka-suka sumbat makanan dalam mulut tanpa henti sampai sakit-sakit perut. Silap-silap anda boleh terkena diabetes atau usus rosak sebab semua jenis makanan pun anda bedal. Pastikan diet dan senaman anda seimbang. Jadi, bagi anda yang rasa diri terlalu kurus, sampai diperli “kering macam lidi”, anda patut cuba tips ini.

SENAMAN ANDA

Kuatkan Otot

Okay perkara pertama yang anda perlu fokus dalam bab senaman ini bukanlah latihan fizikal yang membakar lemak. Jika anda selalu buat latihan kardio selama 1 jam, 5 kali seminggu, anda sebenarnya sedang bakar lebih banyak kalori dari makanan yang anda dah makan. Jadi anda perlu kurangkan sedikit masa latihan dan kekerapan latihan kardio. Mungkin 1 jam digantikan dengan setengah jam dan 5 kali seminggu ditukar ke 3 kali seminggu sahaja. Jangan risau, walaupun anda kurangkan latihan, anda tetap boleh mempertahankan kesihatan. Jadi fokus anda bila buat senaman adalah untuk membina dan menguatkan otot-otot. Bukan untuk membakar lemak.

Latihan Tanpa Beban

Kalau boleh, semasa buat latihan tanpa beban, anda fokuskan pada otot. Contoh senaman adalah seperti push ups, sit ups, bench presses, squats dan banyak lagi. Anda boleh rujuk pakar senam atau google search mengenai latihan tanpa beban.

Latihan Dengan Beban

Semasa anda buat latihan dengan beban pula, pastikan anda pilih beban yang berat tapi pengulangan rendah. Mungkin anda boleh rest dalam 3 minute di tengah-tengah setiap latihan.

jogging

Kadar Latihan

Tak perlu terlalu banyak, cukup sekadar  2-3 kali latihan untuk setiap bahagian tubuh dan pastikan anda buat latihan fizikal kurang dari satu jam. Biar singkat asalkan intensiti meningkat.

Tingkatkan Intensiti

Orang yang kurus biasanya mempunyai kadar metabolisme yang tinggi. Jadi, cara terbaik dalam senaman adalah meningkatkan intensiti, bukannya frekuensi. Contohnya, hari pertama mungkin senaman anda berfokuskan dada, bahu dan trisep. Hari ke 2 anda berehatlah. Hari ke 3 fokus pada  punggung and bisep. Hari ke 4 rehat semula. Hari ke 5 fokus pada kaki and perut. Hari ke 6 and ke 7 rehat bersama keluarga. 3 kali seminggu sudah mencukupi dan selangkan dengan hari untuk berehat.Tak perlu begitu kerap.

 

CARA DIET

Ambil Lebih Banyak Kalori

Jika anda nak tambah berat badan, anda perlu ambil kalori lebih banyak dari yang tubuh anda bakar. Jadi, makanlah lebih dari biasa. Contohnya, kalau biasanya anda makan nasi dengan ikan dan sayur sahaja, kali ni anda ubah sedikit kepada nasi, ikan, sayur, telur, sotong or anything. Tapi janganlah sampai ambil semua pula, last-last tak makan pun. Membazir. Anda cuma perlu makan lebih dari biasa atau cari makanan yang berkalori tinggi. But avoid fast food okay.

Makan 6 kali Sehari

Hahaha bunyi macam banyak kan? Tapi cara ini lebih efektif untuk gemukkan badan. Makan setiap tiga jam sekali. Makan kerap tak mengapa. Jangan makan terlalu banyak sekaligus, pagi pukul 8 anda sarapan lah dulu dengan roti bakar telur separuh masak contohnya. Dalam pukul 11 makan roti sardin pula atau apa-apa yang anda suka. Lepas tu pukul 2 lunch, makanlah nasi dengan lauk pauk. Petang pula anda boleh makan karipap/bihun sup/laksa. Kalau anda masih nak makan nasi lagi untuk dinner pun boleh tapi kalau anda tak mampu, mee goreng atau kebab atau makan lauk pauk sahaja tanpa nasi. Lastly, untuk supper, anda boleh makan cream crakers cicah dengan milo atau teh’o, muffin pun sedap. Sekadar cadangan untuk anda.

Tambah Pengambilan Protein

Kalau boleh, kurangkan pengambilan karbohidrat sederhana and tambahkan jumlah protein. Nasi ambil sedikit sahaja, tapi lauk ambil lah banyak. Sebabnya, bila anda bersenam untuk build up muscle, tubuh anda menggunakan banyak protein.

Semua ini adalah perkara-perkara yang perlu dititikberatkan dalam proses anda menggemukkan badan. Jangan pula kerana nak gemuk, anda tak exercise langsung. Untuk maklumat yang lebih lanjut dan tepat mengenai hal ini, anda boleh rujuk pakar-pakar diet yang diiktiraf. Apapun, anda perlu tahu yang bagaimanapun saiz anda, anda tetap cantik.

Have Fun🙂

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!