Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Selamat Tinggal Bau Badan. Jom Cuba 3 Petua Wangikan Badan.

Tips Mengatasi Bau BadanBau badan

Masalah bau badan memang sukar dielakkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang kuat berpeluh. Kebanyakan individu yang mengalami masalah ini kurang keyakinan diri ketika berdepan dengan khalayak ramai. Mereka sentiasa bimbang sekiranya orang lain kurang senang dengan bau badan mereka.

Di sini kami kongsikan 6 tips mudah untuk anda mengawal bau badan anda.

1. Pastikan Tubuh Anda Sentiasa Bersih

Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kalau perlu mandi 3 ke 4 kali seharipun lebih baik. Ini kerana, apabila mandi, anda dapat membersihkan bakteria yang terdapat pada kulit serta mencuci peluh.

Peluh secara semulajadinya tidak berbau. Tetapi apabila bakteria mikroskopik yang hidup pada permukaan kulit anda bercampur dengan peluh, maka ia akan membiak dan menyebabkan bau busuk.

Oleh itu membersihkan kawasan tubuh dengan teliti, terutama di kawasan yang mudah berpeluh seperti ketiak boleh mengurangkan bau badan.

2. Gunakan Sabun Antibakteria

Sabun anti bakteria

Terdapat pelbagai jenis dan jenama sabun mandi yang ada di pasaran. Jadi, anda boleh perhatikan perkataan ‘antibakteria’ yang terdapat pada label sabun mandi yang ingin anda beli.

Gunakan sabun tersebut ketika mandi dan sental pada kawasan yang banyak berpeluh. Perkara ini dapat mengurangkan jumlah bakteria pada kulit anda yang menjadi penyebab bau badan.

3. Lap Badan Dengan Tuala

Lap badan tuala

Lap badan anda secara teliti sehingga kering selepas mandi dengan tuala. Sekiranya kulit anda kering, bakteria akan kurang membiak. Seterusnya, bau badan dapat dikurangkan.

4. Memakai Produk Deodoran

deodoran

Walaupun banyak khabar angin yang menyatakan deodoran boleh menyebabkan kanser, tetapi penyataan ini masih belum terbukti sahih. Deodoran pada asasnya adalah baik untuk mengurangkan bau ketiak. Anda boleh menggunakannya 2 kali sehari setiap kali selepas mandi.

Namun begitu, lebih selamat sekiranya anda pastikan kandungan bahan dalam deodoran anda sebelum anda menggunakannya. Pastikan ia tiada Aluminium Chlorhydrate dan kandungan paraben tidak melebihi 0.4%.

5. Pastikan Pakaian Bersih

Kerap tukar pakaian sekiranya anda seorang yang kuat berpeluh. Pakaian yang bersih dan segar membantu mengurangkan bau badan.

Selain itu, sekiranya anda juga mengalami masalah bau kaki, pastikan anda kerap menukar kasut. Anda juga boleh menggunakan semburan deodoran untuk kasut. Namun begitu, adalah lebih baik sekiranya anda boleh memakai sandal yang lebih terbuka daripada kasut tertutup. Pengudaraan yang baik pada kaki anda juga dapat mengurangkan bau kaki anda.

6. Kawal Pemakanan

bawang putih

Apa yang anda makan sebenarnya mempengaruhi bau badan anda. Makanan pedas dan bercili cenderung membuatkan anda berpeluh seterusnya ia menyumbang kepada bau badan. Selain itu, makanan berlemak dan berminyak, atau makanan berbau kuat seperti bawang putih, kari, dan bawang boleh meresap melalui liang-liang dan menyebabkan bau badan. Oleh itu cuba ubah diet pemakanan anda agar masalah bau badan ini dapat diatasi.

Sekiranya 6 tips di atas masih tidak berjaya mengurangkan bau badan anda, anda boleh mencuba 3 petua tradisional di bawah ini untuk mewangikan badan anda.

a) Lemon

lemon

Lemon bukan sahaja membantu menghilang bau bada, tetapi juga boleh mencerahkan kulit hitam pada ketiak.

Caranya mudah sahaja, hiris lemon. Kemudian gosok hirisan lemon tersebut badan ketiak dan bahagian badan yang kuat berpeluh ketika mandi. Selain itu, anda boleh juga letakkan perahan lemon pada tuala, dan sapu pada ketiak selepas mandi.

b) Air Mawar

air mawar

Anda boleh dapatkan air di kedai-kedai kecantikan ataupun membuatnya sendiri di rumah.

Caranya adalah, sapukan air mawar pada ketiak selepas mandi dan biarkan ia kering sendiri.

c) Tawas

tawas

Tawas antara petua yang glamour untuk mengatasi masalah bau badan. Anda boleh dapatkan tawas di kedai-kedai kecantikan.

Caranya adalah, lalukan air pada tawas kemudian sapukan pada ketiak. Mudah kan?

 

Semoga tips dan petua ini dapat membantu anda mengatasi masalah bau badan. Selamat tinggal bau badan yang kurang menyenangkan.

Rujukan :

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!