Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Semakin Kerap Mencuci Muka, Semakin Bersih? Betul ker?

AWAS! MITOS TENTANG JERAWAT YANG BOLEH MEMBURUKKANNYA!

Sejauh mana kita cuba menjaga wajah kita untuk kelihatan bersih tanpa cela, kemunculan jerawat sememangnya tidak boleh dijangka. Bangun je dari tidur, tup tup… tengok tetiba je ada jerawat di muka. Sakit pulak hati kita ni…  Lepas tu, kita pun sibuklah menggoogle untuk cari kaedah dan tips terbaik untuk menghapuskan jerawat. Ya, sememangnya banyak tips dan petua yang boleh didapati di internet tapi…. Boleh kah ianya dipercayai??? Atau ianya hanya sekadar mitos???

Hah… Berhati-hati ye kawan-kawan kalau nak ikut tips dan petua dari internet kerana ia mungkin akan memburukkan lagi jerawat yang ada di wajah anda! Ada satu kes, si polan ni ikut petua dari encik google untuk sapu madu di muka kononnya untuk menghilangkan parut. Bangun je dari tidur, habis muka merah-merah kena gigit semut. Eeee… Takut…!

Jadi, be alert. Ketahuilah, yang ada tips dan informasi tentang jerawat di media sosial dan internet, sebenarnya hanyalah sekadar mitos yang tidak berlandaskan fakta yang sahih. Contohnya macam perkara-perkara di bawah ni…

1) Semakin kerap mencuci muka, semakin bersih?

Eh, ye ke? Tapi, hairan bin pelik, hakak cuci muka 10 kali sehari pun, muka asyik tumbuh jerawat juga! Haa.. Sebenarnya kita hanya perlu mencuci muka dua atau tiga kali sehari saja. Jumlah ini sudah cukup untuk membersihkan muka dari kotoran, sel mati dan juga kesan mekap. Terlalu kerap mencuci muka akan membuatkan kulit wajah anda jadi lebih kering, dan ia sudah tentu memudaratkan lagi jerawat di muka tu!

2) Jangan gunakan pelembab jika muka berjerawat.

Ini fakta ke atau auta? Tahukah anda dengan menggunakan pelembab muka, kulit wajah anda akan terhidrasi dan tidak akan mengeluarkan minyak yang berlebihan. Pelembab muka juga dapat membantu mengelakkan  kulit yang kering daripada radangan yang boleh memburukkan keadaan. Jadi, tak salah jika anda mengenakan pelembab muka di wajah yang berjerawat kerana ia membantu untuk memulihkan dan mengawal jerawat yang sedia ada tu. Tapi, pastikan anda menggunakan pelembab muka dengan label non-comedogenic atau hypo allergic serta disahkan bebas daripada mengandungi bahan yang memudaratkan.

3) Memicit jerawat boleh mempercepatkan hilangnya jerawat?

Ya. Memang betul. Dengan memicitkan jerawat di muka anda, jerawat akan cepat hilang tapi…. Ia semestinya akan meninggalkan parut yang lebih mencacatkan lagi penampilan. Bahkan, dengan memicit jerawat, ia mungkin mendatangkan risiko jangkitan bakteria yang akan merebakkan jerawat di tempat lain. Sudah tentu anda tidak mahu ia berlaku, kan?

4) Ubat gigi untuk hilangkan jerawat dan parut jerawat?

Ha… Sambil-sambil gosok gigi tu, tenyeh ubat gigi pada jerawat. Siapa macam ni? Mungkin ada diantara kita yang melakukan cara ini dan mendapati ianya berkesan untuk mengeringkan jerawat. Ya, memang benar. Tapi, penggunaan ubat gigi bukanlah cara yang tepat untuk mengatasi masalah jerawat. Kandungan dalam ubat gigi sebenarnya mampu mengakibatkan keradangan kulit yang menjadikan ia kemerah-merahan dan mengelupas kerana kulit muka yang disapu ubat gigi akan jadi terlebih kering.

Sememangnya, menjadi cantik dan sempurna itu adalah impian setiap daripada kita. Kita sentiasa berusaha untuk mendapatkan kulit yang bersih dengan apa cara sekalipun sampai ada yang sanggup berhabis wang untuk mendapatkan wajah yang diimpikan. Tapi, jangan terlalu taksub sehingga percaya bulat-bulat tips dan petua yang dihebahkan di internet. Kalau masalah kulit anda terlalu teruk, dapatkanlah maklumat daripada mereka yang berkelayakan, Ok?!

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!