Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Siapa Sangka Kerap Kencing, Sakit Bahagian Bawah Perut Petanda Kanser Ovari

Tips penting untuk kaum hawa.

Kita selalu fikir kita kerap kencing hanya disebabkan minum air dengan banyak. Namun siapa sangka kerap kencing dan sakit pada bahagian bawah perut mungkin petanda kanser ovari. Kanser ovari/ cyst adalah antara kanser yang paling ditakuti oleh kaum wanita. Ia adalah kanser dalam kategori sakit puan yang selalu menyebabkan kematian pesakit itu.

Doktor menyatakan setiap wanita mempunyai cyst, namun yang membezakannya adalah antara cyst itu aktif atau tidak. Ada kemungkinan tanda-tanda yang dialami setiap orang adalah berbeza. Inilah pengalaman wanita bernama Hety Ezleen yang disahkan mengalami kanser ovari (ovarian cyst).

Tanda-tanda atau Simptoms

Antara tanda-tanda yang menunjukkannya ialah

  1. Sakit perut di bahagian bawah yang kerap, kejang dan sakit seperti senggugut yang berpanjangan
  2. Kerap membuang air 10-15 kali sehari walaupun tidak minum air. Ini kerana saiz cyst yang semakin membesar dan kedudukan ovari (cyst) berada di sebelah pundi kencing.
  3. Rasa sakit pada tempat cyst semasa hubungan kelamin (disebabkan pengembangan dan pengecutan otot di kawasan rahim dan sistem peranakan semasa hubungan kelamin)
  4. Perut menjadi semakin buncit seperti mengandung (tapi tak menyakitkan kerana mengandungi air yang dikeluarkan oleh cyst)
  5. Perut mengeras dan terasa penuh selepas makan
  6. Kadang-kadang mengalami pening kepala
  7. Apabila baring dan perut menjadi kejang, kadang-kadang ketulan cyst timbul pada perut (terasa keras bila ditekan)

Kronologi Pemeriksaan Perubatan dan Rawatan

Pemeriksaan di klinik dan hospital bermula dari:

14.2.2018

  • Pergi ke klinik sakit puan untuk membuat pemeriksaan dan ultrasound
  • Diberitahu banyak air dalam perut dan kemungkinan itu air kanser (cyst tak kelihatan)
  • Bayaran: RM 60.00

14.2.2018

  • Disebabkan kurang berpuas hati, terus ke klinik kakak ipar
  • Sekali lagi ultrasound dibuat dan nampak ketulan (mass) berukuran 6 cm pada ovari kiri
  • Diberi surat rujukan ke Hospital Pantai untuk ujian CT Scan
  • Bayaran: tiada (klinik kakak ipar)

15.2.2018

  • Jalani CT Scan abdomen dan pelvic di Hospital Pantai (Private)
  • Bayaran: RM 1,110.45

15.2.2018

  • Bawa keputusan CT Scan ke klinik kakak ipar dan diberitahu ( ukuran cyst 11.6cm x 11.2cm x 6.7 cm)
  • Diberi surat rujukan ke Pakar KPJ Johor (perlu dibedah dalam masa terdekat)
  • Bayaran: tiada (klinik kakak ipar)

20.2.2018

  • Berjumpa Doktor Lim, doktor Pakar Gynaecology di KPJ Johor Bahru (bawa surat yang kakak ipar tulis)
  • Doktor terus lakukan ultrasound dan maklumkan air di dalam perut adalah kanser. Selain itu, pap smear dan ujian darah CA 125 juga dibuat
  • Bayaran: RM 1,024.50

21.2.2018

  • Temujanji dengan doktor dan ambil keputusan ujian darah
  • Keputusan ujian darah CA 125: jumlahnya 721ml iaitu sangat tinggi (jumlah normal darah dengan kanser adalah 125 ml) lalu doktor mengesahkan ianya kanser
  • Seterusnya jarum dicucuk pada perut bagi ujian air dalam perut. Air dalam perut (berwarna merah) dikeluarkan dan dibawa ke makmal untuk ujian
  • Bayaran: RM 951.25

26.2.2018

  • Perbincangan dengan doktor pada temujanji kedua. Disebabkan cyst itu merbahaya, kedua-dua ovari kanan, kiri dan rahim perlu dibuang
  • Doktor juga terangkan kesan-kesan selepas rahim dibuang iaitu tak boleh melahirkan anak lagi, menopaus, tulang cepat reput dan perlu makan ubat hormon seumur hidup
  • Setelah tandatangani surat persetujuan bedah buang ovari dan rahim, keluarga dan rakan terdekat dimaklumkan perkembangan terbaru
  • Bermalam di Hospital KPJ Johor dan diberi air (rasa payau masin) untuk membuang najis. Tujuannya adalah supaya perut kosong tanpa sebarang najis semasa pembedahan esok pagi
  • Bayaran: tiada

27.2.2018 – 1.3.2018

  • Hari pembedahan (kategori major operation) bermula pukul 8 pagi 27.2.2018
  • Terima 4 suntikan ubat tahan sakit pada malam pertama lepas pembedahan kerana terlalu sakit
  • Pada 1.3.2018 dibenarkan keluar (discharge)
  • Bayaran: RM 17,864.00

Memang perasaan Hety bercampur-baur dari mula mengetahui dirinya positif kanser ovari. Jelas dia merasa terkejut, sedih dan tertekan kerana tak menyangka tanda-tanda yang dialaminya menunjukkan perkara yang ditakuti oleh wanita. Selepas pembedahan, dirinya dalam berpantang dan proses pemulihan seperti wanita yang lepas bersalin secara pembedahan (caesarean). Perkongsian ini diharap memberi kesedaran kepada kaum wanita agar segera berjumpa doktor jika mengalami tanda-tanda sepertinya.

Ternyata, kanser ovari tidak mengenal umur dan kebanyakan wanita tidak menyedari mereka mengalaminya. Jangan ambil supplemen tanpa nasihat perubatan dan ubahlah persepsi takut berjumpa doktor. Tambahan pula, pemeriksaan oleh doktor sangat penting untuk mengenalpasti adakah kita menghidap kanser. Seterusnya, mereka dapat menentukan jenis rawatan yang diperlukan sama ada pembedahan, kemoterapi atau rawatan paliatif.

Sumber: FB Hety Ezleen, The Diagnosa

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!