Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Taksub Produk Pencerah Mengandungi Merkuri, Kesihatan Diri Yang Terancam

Taksub Produk Pencerah Mengandungi Merkuri, Kesihatan Diri Yang Terancam

Kecantikan dan manusia tak dapat dipisahkan terutamanya di kalangan wanita. Sesetengahnya terlalu taksub dengan produk pencerahan kulit yang mengandungi merkuri hingga mengancam kesihatan diri. Merkuri atau raksa adalah satu unsur kimia yang amat beracun dan mampu menyebabkan kerosakan hati dan otak jika dihidu atau disentuh.

Walaupun sangat bahaya, merkuri sering digunakan dalam sabun dan krim pencerah kulit. Ramai orang berlumba-lumba menggunakan produk sebegini sebagai jalan pintas untuk jadi lebih putih. Lebih cepat kesan pencerahan ditunjukkan, lebih laku produk itu dalam pasaran. Tindakan garam merkuri menghalang pembentukan melanin membuatkan kulit nampak lebih cerah. Hakikatnya, melanin sangat penting kerana pigmen semula jadi ini melindungi kulit dari sinaran UV dan mengurangkan risiko mendapat kanser.

Penggunaan Merkuri Dalam Produk Kosmetik

Merkuri dalam produk kosmetik wujud dalam dua bentuk iaitu organik dan tak organik. Sebatian merkuri organik seperti garam merkuri digunakan sebagai pengawet dalam produk pembersih solekan mata dan maskara. Merkuri tak organik seperti merkuri ammonia pula digunakan dalam krim dan sabun pencerah kulit.

Salah faham masyarakat membuatkan mereka fikir ’cantik’ bermaksud berkulit cerah dan putih. Bukan sahaja di Malaysia, malah wanita di negara lain juga cenderung mendapatkan kulit cerah untuk tampil lebih cantik. Laporan pada 2004 menunjukkan 40% wanita dari China, Malaysia, Filipina dan Korea Selatan menggunakan produk pencerah kulit. Selain itu, 61% pasaran dermatologi di India terdiri daripada produk pencerahan kulit. Tambahan pula, produk pencerah kulit ini mudah didapati melalui jualan atas talian (internet).

Ancaman Produk Mengandungi Merkuri Kepada Kesihatan

  1. Antara kesan utama merkuri tak organik dalam sabun pencerah kulit adalah kerosakan buah pinggang.
  2. Menyebabkan ruam kulit, perubahan warna kulit, parut serta penurunan daya tahan kulit terhadap jangkitan kulat (fungus) dan bakteria.
  3. Kesan lain termasuk kebimbangan, depression (kemurungan) dan peripheral neuropathy (kerosakan saraf periferal menyebabkan rasa sakit, lemah dan kebas).
  4. Laporan kes sindrom nefrotik (kerosakan buah pinggang) seorang wanita Cina berusia 34 tahun ditunjukkan melalui tahap protein yang tinggi dalam air kencing. Namun, paras merkuri dalam air kencingnya kembali normal selepas 9 bulan menghentikan penggunaan krim pencerah kulit.
  5. Merkuri dalam produk kosmetik biasanya dibuang ke dalam air kumbahan. Merkuri akan memasuki rantaian makanan sebagai metil merkuri yang sangat bertoksik dan wujud pada ikan. Jika wanita hamil makan ikan yang tercemar ini, merkuri akan dipindahkan kepada janin dan mengganggu perkembangan otak kanak-kanak.

Walaupun terdapat sesetengah pengeluar produk kosmetik tidak lagi menggunakan merkuri, masih ada yang ingkar dan terus menggunakannya. Namun, syarikat ini tidak semestinya akan menyenaraikan merkuri dalam senarai bahan kandungan. Adalah penting untuk kita mempunyai kesedaran dan pengetahuan berkaitan bahan ini. Seterusnya, terpulanglah kepada pertimbangan kita sendiri dalam memilih produk yang selamat dan tidak mengancam kesihatan diri.

Sumber: WHO (World Health Organization), Wikipedia

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!