Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Tanda-tanda Kanser Yang Sering Diabaikan Lelaki

Lelaki merupakan orang yang paling sukar untuk diajak memeriksa kesihatannya kalau tidak sakit. Padahal memeriksa kesihatan tubuh badan dapat membantu anda mengetahui penyakit yang ada dalam tubuh termasuk kanser. Semakin cepat penyakit diketahui, semakin cepat pencegahan dilakukan.

Tidak semua kanser berbahaya memberikan gejala khas pada peringkat awal, namun ada beberapa gejala yang patut diwaspadai oleh para lelaki  yang berpotensi  mengarah kepada  kanser.  Walaupun belum pasti kanser, tetapi sekurang-kurangnya dapat mendorong lelaki  untuk memeriksa diri ke hospital

keratan akhbar kanser

Berikut merupakan beberapa gejala kanser yang tidak boleh diabaikan lelaki :-

Benjolan pada payudara

Sebagai seorang lelaki mungkin anda kurang menitik-beratkan payudara  anda dan anda berfikir mungkin anda tidak akan terkena kanser payudara. Jangan terkejut, lelaki juga berpotensi menghadapi kanser payudara walaupun ia agak jarang. Setiap benjolan yang muncul pada payudara harus diperiksa kedoktor dan jangan menganggap itu sebagai otot biasa untuk menjadi tegap. Apatah lagi, jika terdapat perubahan warna kulit pada payudara, kemerahan dan keluar cairan tidak normal.

Perubahan pada testis (buah zakar)

Kanser testis biasanya menimpa lelaki  yang berusia antara 20-an keatas. Jangan menganggap remeh tentang perubahan pada testis anda. Lakukan pemerikasaan ke doktor secara rutin. Namun jika anda tidak punya waktu, lakukan pemeriksaan sendiri di rumah secara rutin sebulan sekali.

Setiap perubahan pada testis baik itu membesar atau mengecil patut diwaspadai sebagai gejala kanser. Dan bila ini terjadi, segeralah ke doktor untuk dilakukan pemeriksaan lebih lanjut. Beberapa kanser testis menular dengan sangat cepat sehingga semakin cepat diketahui akan semakin mudah diubati.

Perubahan pada kelenjar limfe

Jika anda merasakan benjolan atau pembengkakan pada kelenjar limfe di ketiak, leher atau di bagian tubuh yang lain, anda harus waspada dan segera ke doktor. Apalagi pembesarannya berlaku dengan  sangat cepat dan lebih dari sebulan.

Demam

Jika anda mengalami demam tanpa sebab yang jelas,  mungkin ia merupakan ciri-ciri kanser atau gejala radang paru-paru yang mana harus ditangani lebih cepat.

Sebahagian besar kanser akan menimbulkan demam terutama setelah sel-sel kanser menyebar ke organ tubuh yang lain. Demam tiba-tiba dan aneh juga merupakan simptom kepada kanser yang melibatkan darah seperti lymphoma atau leukemia.

Penurunan berat badan

Anda gemuk lalu berat badan turun tiba-tiba tanpa ada usaha menurunkan? Jangan senang dulu, mungkin hal itu terjadi sebagai gejala kanser. Lelaki mengalami penurunan berat badan lebih dari 10% dalam waktu relatif singkat harus segera berjumpa doktor.

Lemas

Lemas atau kurang bertenaga adalah gejala pada lelaki  yang mampu mengarah ke kanser. Seperti halnya demam, lemas juga muncul ketika sel-sel kanser sudah menyebar ke seluruh tubuh. Kecuali penyakit leukemia dan kanser usus besar, lemas  biasanya muncul pada peringkat awal. Oleh itu, para lelaki jangan pandang remeh tentang gejala seperti lemas.

Batuk dalam tempoh waktu yang lama

Batuk merupakan gejala yang sering kita alami terutama ketika demam, flu atau alergi. Batuk juga boleh terjadi sebagai efek sampingan suatu ubat. Namun jika batuk berlangsung lama apalagi lebih dari 4 minggu, tidak boleh diabaikan begitu saja. Batuk lama boleh jadi sebagai suatu gejala kanser atau infeksi TB dan bronchitis kronik.

Susah atau sukar menelan

Lelaki yang mengalami kesukaran  menelan sering mengabaikannya dan membiasakan hidup dengan keadaan seperti itu. Padahal gangguan menelan  mungkin merupakan gejala kanser pada saluran pencernaan misalnya kanser pada kerongkong.

Perubahan pada mulut

Jika anda merokok atau menghisap tembakau, anda harus waspada jika ada tanda-tanda putih pada mulut atau lidah anda. Tanda  itu dikenal dengan istilah leukoplakia yang merupakan gejala awal dari kanser mulut.

Masalah pencernaan

Jangan anggap remeh jika anda mengalami gangguan pencernaan. Segeralah ke doktor karena disamping disebabkan oleh infeksi, gangguan pencernaan boleh terjadi  kerana kanser pada kerongkong atau bahagian lain dari sistem pencernaan.

Oleh itu wahai lelaki sekalian, jangan menganggap remeh tubuhmu..ia berhak dijaga oleh mu sebaik mungkin. Ia adalah anugerah dan jangan pernah mengabaikannya. Lakukan pemeriksaan kesihatan kerana kita tidak pernah tahu apa yang terjadi pada organ dalam tubuh kita.

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!