Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Terlalu TUA Untuk Jerawat? Bila Usia Sebenar Masalah Jerawat Akan Hilang?

Arghh! Stressnya hakak! Usia dah menginjak 30 tahun tapi jerawat masih tumbuh kat muka!

Rileks… Itu tandanya jiwa uols masih muda… Eh, Ye ke? Hah, jangan percaya kepada mitos yang jerawat hanya muncul di usia remaja. Hakikatnya, masih ramai wanita yang sudah menginjak usia 30an, 40an malah 50an pun masih bergelut dengan masalah jerawat yang tak habis-habis ni. Ini kerana masalah jerawat bukanlah masalah yang berhubung kait dengan usia. Tetapi, banyak faktor yang menjadi punca kepada kemunculan jerawat pada pelbagai peringkat usia. Jadi, kenalpasti faktor yang mengakibatkan jerawat, barulah masalah dapat diatasi.

Tabiat pemakanan, gaya hidup & faktor sekeliling

Amboi! Sedap hakak makan, tolak batu dengan kayu je! Jaga-jaga! Biarpun makanan tidak seratus peratus menyumbang kepada masalah jerawat, tetapi tak dinafikan ada sesetengah makanan tu boleh menyebabkan jerawat lebih mudah muncul. Setuju? Makanan yang boleh meningkatkan kandungan gula dalam darah seperti makanan berlemak dan bergoreng, berasaskan produk tenusu, kabohidrat yang diproses serta minuman berkafein dan berkarbonat perlu dielakkan kerana ia akan meningkatkan kadar insulin di dalam tubuh yang menggalakkan kulit jadi lebih berminyak. Kalau kulit muka berminyak, maka berlumba-lumbalah jerawat datang!

Selain itu, gaya hidup dan keadaan persekitaran juga memainkan peranan penting kepada kesihatan kulit wajah. Jika anda sejenis burung hantu yang kerap tidur lewat, tukarlah tabiat tidur anda dengan dengan tidur awal malam ni. Ataupun, mungkin anda kerap terdedah kepada habuk, debu atau asap rokok yang membuatkan kulit muka tercemar. Jadi, dapatkan tidur yang cukup dan pastikan kebersihan kulit wajah sentiasa terjaga.

Produk penjagaan kulit yang tidak sesuai dengan usia

Siapa diantara hakak-hakak semua yang masih menggunakan produk yang sama sejak usia remaja sehinggalah usia dah tak berapa remaja ni? Hah, baik mengaku! Nak fefeeling remaja pun jangan sampai memudaratkan kulit. Ini kerana, semakin bertambahnya usia, kulit akan menjadi semakin sensitif, lebih nipis dan lapisan lemak yang melindungi kulit pun semakin hilang, berbanding dengan usia zaman remaja dulu. So ladies, cara nak elak jerawat bukan hanya setakat memastikan muka dicuci bersih namun, produk yang sesuai juga memainkan peranan. Semakin meningkat usia, pengurangan kolagen semulajadi  akan berlaku yang akan membuat kulit jadi lebih kering yang boleh menyebabkan lebih banyak radangan. Sebabnya, jika kulit kering, sel-sel kulit mati akan mengelupas dan menutup pori-pori kulit. Apa lagi, jerawat pun datanglah beraya di wajah uols. Hah, gitu! Produk penjagaan kulit berasaskan salicyl acid atau benzoyl peroxide amat digalakkan kerana ia mampu membuang sel kulit mati dan membersihkan pori-pori.

Perubahan hormon dan faktor keturunan

Di usia dewasa, kaum hawa adalah lebih cenderung untuk mengalami masalah jerawat berbanding lelaki. Ini kerana, mereka mengalami perubahan hormon berterusan selari dengan peningkatan usia dan fasa hidup. Semasa period, kehamilan, selepas melahirkan mahupun di usia menopos, kadar hormon akan berubah-ubah dan boleh jadi tidak  seimbang.  Androgen adalah hormon yang mempengaruhi kesihatan kulit, yang mana jika berlaku kelebihan hormon ini, jerawat pun akan memunculkan diri. Perubahan hormon dan faktor-faktor diatas sebenarnya saling berhubung kait. Tabiat pemakanan dan stress contohnya boleh menyumbang kepada masalah ketidakseimbangan hormon.

Selain itu, faktor keturunan juga boleh menjadi punca kenapa jerawat masih berterusan. Kalau si ibu memang ada masalah kulit berjerawat, si anak pun mungkin akan mempunyai masalah yang sama. Like mother, like daughter lah katakan…Begitu juga jika ada diantara ahli keluarga yang mempunyai masalah kulit, anda mungkin akan turut mewarisi genetik itu. Untuk itu, uols perlu kenal pasti apa sebenarnya punca jerawat. Mungkin ada makanan yang tak boleh dimakan, atau apa saja yang boleh memberikan reaksi tidak sihat kepada kulit. Elakkan perkara itu.

Bercakap tentang jerawat ni memang tujuh hari tujuh malam pun takkan habis. Namun, diharapkan sedikit info yang diberikan di atas dapat membantu hakak-hakak semua untuk mengenalpasti punca dan cara rawatan yang sesuai. Apa yang penting, wanita perlu sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat. Sesekali tu, beriadahlah kerana ia mampu mengurangkan stress. Stress pun punca jerawat, ye dok?!

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!