Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Tips Atasi Senggugut

Kenali Tahap Senggugut

Senggugut Primer (Dysmenorrhea Premier)

Senggugut (dismenorea premier) ini yang berlaku kepada kebanyakan gadis remaja berusia belasan tahun iaitu selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Walaubagaimanapun sindrom ini masih boleh berlaku dikalangan wanita dewasa yang masih subur.

Senggugut Sekunder (Dysmenorrhea Sekunder)

Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Beberapa faktor penyebab berlakunya Senggugut Sekunder, ataranya seperti :

  1. Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  2. Cyst Ovari dan tumor
  3. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  4. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  5. Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.

Sindrom Senggugut Sekunder dinasihati berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat serta rawatan yang sewajarnya.

Tips Atasi Senggugut

Rawatan yang disyorkan

  1. Ubat pengurang radang. (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen) (Sila dapatkan nasihat doktor)
    Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid.
  2. Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
    Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untuk dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat. Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan.
  3. Pil perancang (Sila dapatkan nasihat doktor)
    Selain diguna sebagai ubat pencegah kehamilan, ia juga boleh digunakan bagi masalah senggugut primer untuk :

    • Mengurangkan dan memendekan tempoh haid dengan menghindari ovulasi
    • Mengurangkan penghasilan prostaglandin di selaput rahim dan sekaligus menghilangkan sakit senggugut.
  4. Penggunaan Haba (Most recommended)
    Kesakitan sementara ini dapat diredakan dengan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam.
  5. Mengamalkan Produk Harum Malam(Most recommended)
    Harum Malam adalah produk yang berasaskan herba terpilih untuk mengatasi masalah senggugut. Cara pengambilan yang sangat mudah.
  6. Mesin TENS (“Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation”)
    Boleh digunakan sekiranya tidak ingin menggunakan ubat. Mesin ini menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak.

Rujukan : MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Tips Tambahan Atasi Senggugut

(Tanpa Pengambilan Pil atau Ubat Tahan Sakit)

Banyakkan meminum air suam dan mengamalkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan, cara ini dapat mengurangkan kesakitan apabila datangnya senggugut

Sapu minyak gamat atau minyak angin pada bahagian perut, dapat melegakan sakit buat seketika.

Amalkan gaya hidup aktif dengan melakukan senaman secara berkala seperti berjoging, berbasikal, melakukan kerja rumah dan seumpamanya.

Walaupun rawatan diatas dapat membantu mengurangkankan masalah senggugut, namun bagi penulis cara semulajadi yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan terus sindrom senggugut ini adalah dengan berkahwin! Ya, KAHWIN! Ini kerana masalah senggugut biasanya akan hilang selepas anda melahirkan anak. Tak percaya cubalah…

Leave a Reply

error: Content is protected !!