Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Tips dan Petua Pikat Lelaki

Tak dinafikan semua gadis ingin menjadi pasanagan terbaik buat lelaki idaman. Tetapi tahukah anda perkara yang sangat penting untuk anda tahu bagi memastikan impian anda bergelar permaisuri hatinya menjadi kenyataan? Bagaimana nak pikat lelaki idaman?

Entri kali ini kami akan kongsikan beberapa ilmu yang perlu anda tahu sebelum nak pikat hati jejaka idaman.

Keluhuran Hati

Keluhuran hati ni subjektif, ada sesetengah lelaki suka gadis yang bersopan santun, ada juga lelaki yang suka gadis yang jujur dan berterus terang, tak kurang juga lelaki yang suka gadis yang ‘be yourself’.

Kecantikan paras rupa tak menjadi soal!

Ya. memang benar lelaki suka pada gadis yang cantik, ayu dan bergaya. Itu lumrah sifat lelaki. Tapi jika anda bijak mempamerkan kelembutan dan kejujuran dalam diri anda, mungkin ia mampu memikat hati jejaka idaman anda..

Memahami serta Mengambil Berat

Sub tajuk ni ada kaitan dengan tajuk pertama tadi iaitu keluhuran hati. Lelaki suka kepada wanita yang mengambil berat tentang masalah yang menimpa dirinya. Tetapi ada cara untuk anda bertanyakan soalan ketika si dia sedang stress. Maklumlah.. Lelaki ni ada egonya, jadi anda harus bijak dalam bertanyakan soalan, pastikan soalan atau nasihat atau pendapat yang anda lontarkan tidak mencabar keegoan si dia.

Dengan cara ini si dia akan berasakan anda sentiasa di sisi dan memberikan sokongan kepadanya.

Penting!

Untuk menjaga perhubungan yang baik dengan si dia, jangan sesekali melemparkan tuduhan kepadanya. Tetapi cuba gunakan pendekatan kasih sayang untuk memahami masalah yang sedang di hadapinya.

Susah senang biar lah bersama kan…hehe

Menghargai

Hargai si dia, lelaki akan berasa dirinya sangat beharga jika anda menghargai usaha yang dilakukan untuk mencapai sesuatu.

Ya. Walaupun usahanya gagal menampakan hasil namun anda haruslah memberikan sokongan moral kepada si dia. Hargailah dengan ikhlas, kepercayaan serta sokongan yang anda beri akan membuatkan si dia merasa lebih disayangi..

Menjaga Penampilan

Tak mengapa kalau wajah tak cantik, tetapi sekurang-kurangnya biarlah berpewatakan menarik dan menjaga penampilan.

Lelaki suka dengan gadis yang sentiasa kelihatan bersih, kemas dan menarik. Baru lah si dia tak berasa malu kalau nak berjalan berdua dengan anda.. Ye tak?

Pandai Berbicara

Bijak menyusun kata-kata sebelum berbicara. Bak kata orang, perangai tu biar lah elok. Bertuturlah dengan nada yang lembut dan perlahan, cukup sekadar anda dan si dia dengar perbualan anda. Tak perlu nak cakap kuat-kuat sehinggakan seluruh alam dengar suara anda.

Kalau si dia buat lawak (walaupon tak kelakar) layan je lah lawaknye tu… Tapi ingat, gelak sekadarnya sahaja, bukan gelak terbahak-bahak tau..

Tahu Menyesuaikan Diri

Gadis harus bijak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Bijak berkomunikasi dengan orang yang lebih tua dan pandai menjaga batasan antara rakan-rakan pejabat(lelaki) serta pandai membawa diri mengikut suasana dan keadaan.

Jika anda seorang yang berperangai gila-gila, berhati-hati lah ketika bersosial. Jangan tunjukkan sangat sifat kegedikan anda tu kat si dia depan orang ramai ye.. 🙂

Pandai Memasak

Untuk mereka yang dah bergelar isteri, tips yang terakhir ni sangat-sangat berguna untuk anda. Sebelum pikat hati si dia, tawan perutnye dulu.. haha.. Serius, lelaki akan lebih sayang isterinya kalau isterinya seorang yang pandai masak.

Belajar dengan ibu mertua perkara-perkara yang digemari oleh si suami. Apa masakan yang suami suka… Kalau tak tau tentang sesetengah perkara pasal suami anda. Ini lah masanya anda mencungkil rahsia tersimpan suami anda untuk pikat hati nya.. InsyaAllah akan bahagia sepanjang hayat…

Ingat.. Untuk menjadi pasangan terbaik, anda harus bijak menawan hati jejaka idaman..

Apa kata anda? Anda ada tips dan pengalaman yang best untuk dikongsikan? Jom komgsikannya disini.

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!