Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Tips Kekal Sihat dan Bertenaga Ketika Berpuasa

Berpuasa dengan cara pemakanan yang betul mampu menyihatkan badan. Cara pemakanan yang sihat ketika berpuasa tidak jauh bezanya dengan cara pemakanan ketika tidak berpuasa. Kedua-duanya sama. Apa yang lebih penting, pengambilan makanan hendaklah seimbang dan sihat. Berikut ialah tips pengambilan makanan yang betul supaya badan kekal sihat dan bertenaga ketika berpuasa:

Pengambilan makanan yang berkarbohidrat kompleks

Makanan yang berkarbohidrat kompleks ialah makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi, sebagai contoh beras perang, beras basmati, oat, gandum, barli, bijiran dan kacang dal. Makanan berkarbohidrat kompleks melepaskan tenaga yang lebih rendah dan membantu untuk menyimpan tenaga lebih lama di dalam badan. Hal ini memastikan kadar glukosa dalam badan sentiasa rendah dan terkawal.

image001

Perbanyakkan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran sangat kaya dengan serat di samping pelbagai vitamin dan mineral. Dengan memperbanyakkan makanan yang kaya dengan serat, khasiat yang diserap lebih perlahan dan rasa kenyang lebih lama. Di samping itu, serat juga berfungsi melancarkan perjalanan usus.

 

Elakkan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan berlemak

Makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi harus dielakkan kerana badan menggunakannya dengan cepat. Makanan yang berlemak juga harus dielakkan kerana boleh menyebabkan pedih ulu hati berlaku ketika berpuasa. Malah, makanan seperti ini akan menyebabkan kita lebih malas kerana badan berasa berat dan lemah.

Gambar sekadar hiasan

Gambar sekadar hiasan

Kurangkan minuman dan makanan yang mengandungi kafein

Kebanyakan orang berfikir hanya kopi sahaja yang mempunyai kafein, ternyata hal itu salah. Minuman dan makanan yang mempunyai kafein selain kopi ialah, minuman bersoda, coklat, ais krim dan kuaci adalah makanan yang mempunyai kandungan kafein.

Menurut kajian, jumlah kafein yang selamat diambil ialah sebanyak 200mg sehari, iaitu bersamaan dengan dua gelas the, enam tin Coco Cola atau empat bar coklat yang mempunyai berat 50gram. Kafein mempunyai kesan diuretik ringan, iaitu mengurangkan kadar air dalam badan dengan menggalakkan pembuangan air kencing. Kehilangan air yang terlalu cepat boleh mengakibatkan penyahhidratan. Oleh itu, elakkan makanan dan minuman yang mempunyai kafein supaya badan lebih bertenaga dan tidak kehilangan banyak air.

image007

 

Utamakan amalan bersahur

Sahur amat penting ketika berpuasa. Jika anda tidak bangun untuk bersahur, sudah pasti badan akan lemah sepanjang hari dan tidak bertenaga. Oleh itu, pengambilan makanan yang sihat dan seimbang amat penting. Pengambilan makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat dan serat yang tinggi ialah makanan yang perlu diambi supaya badan kekal bertenaga dan kenyang sepanjang hari ketika berpuasa.

Amalkan pengambilan makanan yang seimbang dan sihat iaitu makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika tidak mampu makan makanan yang berat di awal pagi, anda boleh memakan makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu bijirin seperti oat, nestum dan barli. Elakkan makanan yang bergoreng iaitu makanan yang berminyak kerana mempunyai kolestrol yang tinggi dan kemungkinan besar boleh menyebabkan pedih ulu hati seperti memakan makanan yang berlemak.

Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud :

“Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya, pada sahur itu ada keberkatan.”

-Riwayat Bukhari dan Muslim

Perbanyakkan minum air

Air amat penting kerana ia adalah ejen penting dalam mengalirkan darah ke seluruh badan dan merupakan komponen penting dalam  membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Perbanyakkan air kosong ketika bersahur dan berpuasa supaya tubuh badan sentiasa bermaya ketika berpuasa. Amalan minum sebanyak 8 gelas air iaitu 3  liter air amat sesuai untuk memastikan badan mempunyai keperluan air yang mencukupi.

kepentingan air

Waspada pengambilan kurma dan manisan

Amalan Rasulullah s.a.w ketika berbuka ialah dengan memakan kurma. Kurma adalah sejenid karbohidrat ringkas yang memberi tenaga serta merta. Selain kurma, jus buah-buahan dan manisan juga memberi kesan yang sama. Penyakit kencing manis perlu berwaspada kerana peningkatan gula yang dalam darah yang terlalu cepat boleh mengakibatkan kadar gula tidak terkawal.

kurma

Secara kesimpulannya, pengambilan makanan yang sihat dan seimbang adalah penting ketika berpuasa atau pun tidak. Amalan ini seharusnya dikekalkan dan tidak terhad hanya ketika di bulan Ramadhan. Semoga kita berpuasa dalam  keadaan yang sihat dan bertenaga, dan apa yang lebih penting dirahmati oleh Allah.

Salam Ramadhan dari kami…

 

Rujukan : http://www.mmgazette.com || http://www.bintangsukan.com

 

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!