Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Tips Kurus Tanpa Senaman? Betul ke ni…?

Berbadan gempal itu comel tapi tak semua wanita yang berpuas hati dengan berat badan mereka. Bukan apa, sesetengah wanita mungkin mempunyai idola yang mereka kagumi dan seboleh-bolehnya mereka mahukan bentuk tubuh yang hampir sama dengan idola tersebut. Ada gadis-gadis yang bercita-cita menjadi pramugari atau model yang memerlukan mereka bertubuh langsing. Tak kurang juga para isteri yang diperli-perli oleh suami kerana pertambahan berat badan mendadak menyebabkan mereka juga ingin memikat semula hati si suami sepertimana di usia muda dahulu.

Tapi, mampukah anda bersenam dan diet dengan penuh dedikasi setiap hari? Hmm, susah kan? Itu tak boleh makan, ini tak boleh makan, kempunan bila tengok orang lain senang hati makan. Oh tidak! Hahaha tak mengapa ladies, anda tahu tak sebenarnya anda boleh cuba kurangkan berat badan tanpa perlu bersenam atau diet!

Kerap Minum Air

Tips Kurus – Minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari

Banyak minum air sebenarnya mampu buat anda rasa kenyang. Lagi bagus jika anda boleh jadikannya sebagai rutin harian kerana minum air putih bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga sangat baik untuk tubuh. Ia membantu proses pencernaan dan detoksifikasi secara semula jadi. Ia juga mengelakkan kalori berlebihan tersimpan dalam tubuh dan mengawal berat badan anda. Minumlah air putih sekurang-kurangnya 1.5L sehari. Seelok-eloknya amalkan meminum segelas air putih dahulu sebelum makan.

Kunyah Makanan Perlahan-lahan

Bila anda makan, tak kira lah nasi, mee atau pizza, cuba kunyah perlahan-lahan. Biar betul-betul hancur baru telan. Rasulullah sendiri kunyah 40/44 kali setiap suapan. Kalau anda nak tahu, kunyah perlahan-lahan sebenarnya akan menyebabkan makanan itu lumat dan bila ditelan, ia mudah dihadam. Bukan itu sahaja, anda akan cepat rasa kenyang sebab anda ambil masa yang lama untuk habiskan makanan walaupun mungkin kuantiti makanan anda hanya sedikit.

Gunakan Pinggan yang Kecil untuk Makanan Kurang Berkhasiat

Kadangkala anda mesti teringin nak makan ais krim, donut Big Apple yang super creamy tu, atau mungkin anda ternampak cempedak goreng yang disediakan ibu di atas meja. Tapi anda tahu kan semua makanan tu boleh rosakkan impian anda? No Problem! Pergi ambil pinggan atau mangkuk kecil dan ambil lah makanan itu tadi.

Dari sudut psikologi, bila anda nampak makanan penuh dalam pinggan, anda akan rasa makanan yang anda ambil itu terlalu banyak. Jadi pinggan kecil mampu menipu otak anda bahawa anda makan lebih banyak dari yang diperlukan. Sekarang nampak tak bagaimana pinggan kecil tu bantu anda untuk kurangkan makanan tak berkhasiat?

Makan Makanan yang Kaya Dengan Serat

Tips Kurus – Makan Makanan Berkhasiat

Sayuran seperti ubi, kekacang, buah-buahan seperti pisang dan sebagainya merupakan makanan yang sangat berfungsi untuk bantu anda kurangkan selera makan.

Jadi sebelum menikmati menu utama, ambil lah makanan tinggi dengan serat dahulu. Anda pasti akan rasa kenyang dan makan sedikit sahaja makanan utama atau anda mungkin tidak berselera langsung untuk makan lagi selepas makan makanan tinggi serat itu tadi.

Jauhi Minuman Bergula

Gula bukan sahaja punca kegemukan, tetapi juga penyebab kepada pelbagai penyakit berbahaya seperti diabetes. Biasanya pengidap obesiti juga dikaitkan dengan pengambilan gula yang berlebihan. Kadang-kadang apabila anda minum minuman bergula seperti teh ais, coke, dan sebagainya, otak anda tertipu dengan bentuknya yang tidak pejal kerana ia cecair. Penipuan ini buat anda merasa yang minuman sedemikian tidak mempengaruhi pertambahan berat badan.

Makan Tanpa Gadget

Gadgets terutama telefon bimbit anda sebenarnya merupakan salah satu faktor anda mengalami pertambahan berat badan tanpa disedari. Bukan hanya gadis, wanita dewasa juga tak kurang yang suka makan bersama gadget. Makan sambil menonton, makan sambil bermesej dan sebagainya buat anda leka! Anda mungkin makan terlalu banyak tanpa anda sedari. Jadi lebih baik anda hanya fokus pada makanan setiap kali makan.

Tidur yang Berkualiti dan Elak Stress

Ramai yang tak tahu, kurang tidur dan stress adalah punca kegemukan bagi sesetengah orang. Ehh? Bukan ke stress buat kita hilang selera makan? Ha, tak jugak. Ada sesetengah orang, bila stress dia makan lebih banyak terutama makanan manis dan kurang berkhasiat seperti ais krim, burger, fast food dan sebagainya, kononnya nak release tension. Oleh itu, jangan stress stress okay? Dan tidur mesti cukup 8 jam sehari.

So ladies, semoga tips ini dapat membantu misi anda mendapatkan berat badan ideal yang anda impikan. Tapi ingat, jangan terlalu fokus untuk langsing sampai terjejas kesihatan tu. Siapa pun anda, bagaimana pun penampilan anda, jika anda mempunyai hati yang baik, anda lah yang paling cantik!

Leave a Reply

error: Content is protected !!