Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Tips Menghilangkan Stress Dengan Air

Stress atau tekanan memang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan kita disebabkan pelbagai faktor luaran atau dalaman. Antara cara terbaik mengurangkan atau menghilangkan tekanan adalah dengan menggunakan air.

Air mampu bertindak balas terhadap perilaku terhadapnya contohnya melalui kata kata , bacaan , tulisan , gambar , suara kuat , suara perlahan. Akhirnya hasil daripada perilaku tersebut akan membentuk Kristal molekul air berbentuk heksagonal ( 6 segi ) sempurna kecantikannya atau sebaliknya . Bentuk molekul air seperti kecantikan kristal inilah yang mampu berperanan bagi merawat penyakit dalam tubuh badan seseorang.

TIPS MENGHILANGKAN STRESS DENGAN AIR

Minum air masak secukupnya

Jika kepala terasa berat atau dilanda masalah yang merunsingkan, cuba tenangkan diri dengan minum air masak secara perlahan-lahan. Dalam masa yang sama, kurangkan pengambilan kafein. In shaa Allah apabila air mula masuk ke dalam badan, kita akan merasa sejuk dan secara tidak langsung dapat menenangkan diri.

Mandi

Mandi di bawah pancuran air atau di dalam tab mandi dapat menyejukkan badan dan memberi ketenangan.

Memerhati Aliran Air Sungai atau Lautan

Tahukah anda? Apabila kita mengalami tekanan, pantai adalah tempat terbaik untuk mengurangkan beban yang ada di kepala. Dengan melihat aliran air, terasa seperti masalah pergi bersama aliran tersebut. Cubalah jika anda ingin tahu kesannya.

Menyapu sedikit air di kepala

Gayanya seperti mengambil wudhu’, namun inilah rahsia untuk menyejukkan hati yang panas mahupun jiwa yang gelisah. Air mampu memadamkan api, air juga mampu memadamkan bara dan keserabutan minda yang terlalu banyak berfikir.

Ambil wuduk

Berwuduk adalah salah satu cara untuk menghilangkan rasa marah. Ianya juga dapat mengurangkan tekanan dalam diri.

Inilah antara tips yang ringkas untuk mengurangkan stress anda. Lebih baik jika air yang diminum dapat dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Air itu mampu membentuk peribadi insan kerana menurut kajan yang dilakukan oleh seorang professor di Jepun, air adalah hidup. Ini kerana molekul yang terbentuk dari air adalah mengikut perilaku penggunanya.

error: Content is protected !!