Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Vitamin C, Agen Anti Penuaan

Penuaan sering dikaitkan dengan peningkatan usia seseorang, dan lazimnya gejala ini sering menjadi kerisauan kepada golongan wanita yang berusia 40-an.

Kebanyakan pakar kecantikan bersetuju bahawa dengan pengambilan vitamin c dan kolagen secara berterusan mampu mengatasi masalah penuaan ini.

Apa kepentingan Vitamin C?

Umum mengetahui bahawa vitamin c adalah agen yang sangat berguna kepada fungsi tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imunisasi dan membantu penyerapan zink.

Bukan setakat itu sahaja, hasil penyelidikan juga mendapati vitamin c berpotensi menguatkan sistem imun badan dan sekaligus mengurangkan tempoh demam selesema. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Menurut Presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia, Dr. Chin Shih Choon, vitamin C atau asid Ascorbic sangat penting untuk tubuh badan.

“Ia larut air. Vitamin ini bukan sahaja berfungsi sebagai anti oksidan utama tetapi juga satu anti virus kuat selain berfungsi sebagai anti bakteria dan anti kulat.

“Vitamin C juga merupakan agen anti-radang dan anti histamina. Oleh itu, ia sangat berguna melawan alahan dan gangguan radang kronik. Dalam pada itu, vitamin ini membantu sintesis kolagen, pembentukan tulang dan menyahtoksik. Dalam bidang kecantikan, vitamin C popular sebagai agen anti penuaan,” jelasnya yang juga Pengamal Perubatan Estetik, MJ Medical Aesthetic.

Buah limauKeperluan Vitamin C

Tambah Dr. Shih Choon, peningkatan usia menyebabkan seseorang hilang keupayaan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri.

Selain pengambilan supplement, vitamin c juga boleh diperolehi daripada makanan seperti buah limau, buah beri merah, tomato, kentang, brokoli, bunga kubis, kubis brussels, merah dan lada loceng hijau, kubis dan bayam.

Bagaimana pula fungsi Kolagen?

Mengulas tentang kolagen, Dr. Shih Choon memberitahu, kolagen ialah sejenis protein dan bekerja bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat, licin dan anjal.

Apabila anda muda, anda tidak mempunyai masalah menghasilkan kolagen dalam badan. Sebab itulah, kita lihat kanak-kanak mempunyai rambut berkilat, cantik dan kulit licin. Seperti vitamin C, peningkatan usia menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit menjadi kedut, kulit kusam selain timbul garisan wajah.

Tambah beliau, sumber kolagen boleh diperoleh daripada produk soya, sayuran hijau gelap, madu manuka, dan avokado. Makanan-makanan ini membantu untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan kita. Sementara itu, terdapat juga sumber iklan daripada laut seperti ikan.

Serat kolagen berasal daripada protein yang mempunyai tahap asid amino iaitu hydroxylysine dan hidroksiprolina yang tinggi. Asid-asid amino ini penting untuk pembentukan semua jenis kolagen,” katanya yang menyarankan semua golongan tua dan muda mengambil vitamin C dan kolagen.

Rujukan : Utusan Online

Powered by WP Review

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!