Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Sopak Garam. Siapa Sangka 5 Bahan Ini Mampu Membantu Merawatnya

Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Alami Sopak Garam. Siapa Sangka 5 Bahan Ini Mampu Membantu Merawatnya

Sopak Garam…Apa tu?

Bukan sahaja gatal, malah sakit dan menyebabkan keadaan tak selesa. Itulah yang dirasai oleh mereka yang terkena sopak garam. Sopak garam adalah keadaan timbulnya bengkak dan kulit menjadi kemerah-merahan. Menurut istilah perubatan, sopak garam atau gegata disebut sebagai urticaria di mana keadaan imun badan bertindak balas terhadap sesuatu alahan.

Menurut individu dikenali sebagai kyra, keadaan ini menyebabkan dia menjadi tak selesa dan mencuba petua yang didapati dari fb.

Sopak garam turut disebut sebagai ludah jin kerana orang dulu-dulu percaya keadaan ini disebabkan oleh gangguan jin. Jadi, tak hairan lah jika ada rawatan yang menggabungkan cara rawatan tradisional dan perubatan Islam.

Cara Merawatnya

1. Sediakan setimba air bercampur sintok, limau nipis 7 biji dan setimba air garam (sekadar segenggam garam).

Sintok yang juga dipanggil Akar Beluru adalah sejenis tumbuhan yang terdapat dalam hutan Malaysia.

2. Mulakan dengan membaca Ruqyah ringkas: surah Al-Fatihah, ayat Qursi, 3 Qul.

3. Mulakan dengan mandian air garam. Jirus bermula dari kaki hingga ke bahagian kepala. Biarkan kering seketika. Selepas itu dibilas dengan air biasa hingga bersih.

4. Mandian dengan air campuran sintok dan limau. Jirus bermula dari atas kepala ke bawah hingga kaki. Biarkan juga sehingga kering tanpa dilap.

5. Kemudian bahagian yang kena sopak garam disapu dengan bedak sejuk bercampur sedikit garam.

Kaedah rawatan ini menggabungkan 5 bahan iaitu sintok, air, limau nipis, garam dan bedak sejuk dan bacaan surah tertentu. Mungkin ramai yang tak tahu, limau nipis dan garam bahan yang sering digunakan dalam rawatan tradisional.

Selain itu, kita perlu yakin dalam usaha merawat atau mengubati sesuatu penyakit, kerana setiap penyakit ada ubatnya. Jadi tak salah kita cuba cara alternatif ini asalkan tak memberi mudarat kepada badan dan tidak bercanggah dengan tuntutan agama.

 

Sumber: dakwahtv.net || Wikipedia

 

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!